Tuesday, July 24, 2012

Hutang oh piutang!


Keengganan seseorang untuk membayar hutang walaupun mampu, akan menghalangi mereka daripada masuk syurga apabila mati kelak. Roh orang seperti ini akan tergantung antara bumi dang langit (Tan Sri Abdul Kadir Talib, bekas Mufti Wilayah Persekutuan). Allah menjanjikan balasan syurga kepada hambanya yang bertaqwa dengan ikhlas serta membayar hutang piutangnya.

Di dalam Al-Quran, Alla memperingati supaya menjauhkan diri dari berhutang kerana jiwanya akan terganggu apabila tidak mampu membayarnya serta menjadi mata petaka di akhirat. Elakkan daripada berhutang sekiranya mahu mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hutang tidak kira daripada siapa sama ada keluarga, bank, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya kerana jika tidak dijelaskan hukumnya berdosa.

Jika seseorang itu mempunyai hutang keliling pinggang, hidupnya tidak akan tenang serta hilang tumpuan untuk ibadat kepada Allah. Tidak dinafikan kehidupan hari ini terutama untuk membeli rumah dan kereta perlu membuat pinjaman, memandangkan ianya merupakan keperluan asas. Sebaik-baiknya setiap pinjaman perlu dijelaskan segera kerana dikhuatiri apabila seorang peminjam meninggal dunia, akan menimbulkan masalah pada pewaris untuk melangsaikan hutang tersebut.

Pengetua DarulQuran ‘Ittifaqiyah, Ustaz Mohd Zahid Mahmood berkata orang yang berhutang perlu mengamalkan doa supaya dapat membayar hutangnya. Doa perlu diamalkan setiap kali selepas solat. Maksud doa tersebut : “Ya Allah, ak berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan, kedukaan dan kelemahan, kemalasan, kedekut, perasaan takut dan desakan hutang dan paksaan orang. Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.”

Soal hutang jangan dipandang ringan kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang tidak melunaskan hutang seperti sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).

StatCounter