Wednesday, February 4, 2015

Misi bantuan mangsa banjir Kerdau, Pahang

Phewwww..... Lama dah tak singkap Pena Refleksi. Penat dok sapu, lap, cuci sawang-sawang yang ada. Hehehe.. Happy New Year bloggers!!!! Dah masuk bulan Februari dah pun.

Neway, entry pertama (hope bukan yang terakhir) untuk tahun 2015 Me nak share experience membantu mangsa-mangsa banjir di Kerdau, Pahang. Keadaan disana terkawal. Banjir pun dah surut. Cuaca pun dh panas terik. Actually program ini adalah program UMNO yang melibatkan IPTS/A dan persatuan-persatuan lain. 

Warga MiCoST yang terlibat untuk misi ini mula berkumpul jam 9.00 malam di kampus bandar. Kemudian ada penerangan dan pelepasan. Pot..pet..pot..pet.. hampir jam 12.00 tengah malam jugak baru gerak keluar dari Melaka. Dalam bus mula2 masing2 segar je mata. Sempat jugak layan cerita hantu dalam bas. Tapi Me tak ingat plak tajuk apa. Dah abes satu cite, request lagi satu cite. Tapi sukacita dimaklumkan after 30 minit pertama cerita bermula Me dah lena. Hahahahaha.. Sedar je bus dah berenti di RnR (xingt RnR apa). Kecik je RnR tu, terpaksa beratur panjang di toilet. Siap solat subuh, bus bergerak menuju ke Kerdau, Pahang. Kami diberi makan pagi terlebih dahulu sebelum diarah ke tempat pembersihan masing-masing. MiCoST dihantar ke sekolah. Memang teruk jugak kesan banjir. Barang-barang di tingkat 2 semua rosak. Apatah lagi barangan di tingkat 1. Memang payah sikit nak bersihkan. Bekalan elektrik tiada. So xdapat la nak guna water jet. Angkut la sebaldi air naik atas. Alhamdulillah, student yang terlibat memang ringan tulang semuanye. takde la misi dorang berjalan/bersiar semata-mata. ME amik job cuci tingkat. Bukan senang jugak job tu sebab berlumpur.

Selesai kerja membersih, kami singgah di masjid berdekatan untuk mandi dan solat. Aktivit terakhir adalah penyerahan bantuan yang dibawa dari Melaka. Semoga semua sumbangan tersebut bermanfaat untuk mangsa-mangsa banjir di Kerdau.

On the way balik layan cerita Tekken (actually xtgk pun. sebab x minat). Suddenly kepala pening. So Me mampu pejam mata n buat keras je. tahan takot termuntah dalam bas. Sampai di Kampus Bandar dalam jam 11.00 malam. Dengan kepala xbetol lagi Me drive la perlahan2 blik rumah.

So korang layan gambar kat bawah ni.


























Sunday, December 29, 2013

Family day at At Famosa Waterworld

Yeay !!! mandi-manda.......

Excited terlebih bila dapat mandi-manda. Lebih-lebih lagi bukan dekat laut. Sebab air laut melekit badan bila dah kering. This time Kelab Kebajikan MiCoST anjurkan family day di A famosa waterworld. Apa yang lagi menarik ialah hari tersebut adalah hari pertama 'Big Ice Cream' dibuka kepada orang ramai. Dapat jadi 'tikus makmal' untuk test Big Ice Cream ni. ME ni gayat dengan tempat tinggi. So, memang x budget la akan naik Big Ice Cream ni. Nak dijadikan cerita geng-geng ofismate ME semua sempoi dan cool! Dari penakut jadi berani (tapi xdela berani mana) bila tengokkan semangat dorang ni semua. Sampaikan gelongsong yang paling tinggi di A Famosa tu pun ME naik. Baru rasa puas kan masuk A Famosa, cuba semua benda di sana. berbaloi-baloi la potong gaji RM5.00 setiap bulan untuk umpul duit kelab. Makan pun sedap jugak. Gerak dari ofis jam 8.00 pagi dan gerak pulang dari A Famosa jam 4.00 petang. Dalam acara sukaneka group ME dapat tempat pertama. Cabutan bertuah pula ME dapat hamper makanan ringan. OK la tu kan dari xdapat pape. Anyway, xnak cakap banyak, jamu lah mata dengan gambar yang sempat ME kumpul. Till then...

Big Ice Cream..yummeh!

high speed..cool!







Follow me on Instagram ya!


Instagram

Friday, October 11, 2013

IQRA'.Maka bacalah...

Selamat pagi....

Alhamdulillah diberi lagi kesempatan untuk ME bernafas di bumi ini. Di pagi - pagi jumaat ni ME berseorangan di pejabat. Suppose hari ini seluruh rakyat Melaka cuti bersempena ulangtahun kelahiran TYT Melaka. Tapi ME dan beberapa rakan yang lain di tuntut untuk datang pejabat kerana mengendalikan peperiksaan hari terakhir untuk pelajar UiTM. Dalam duk menjaga bilik gerakan peperiksaan sensorang ME pun tergerak nak update blog ni yang dh lama x dijenguk. So, entry hari ni mengenai buku...........

Kawan ME bagi pinjam novel CINTA SANG PUTERI yang dihasilkan oleh Ramlee Awang Murshid. ME teragak - agak sebenarnya nak baca buku ni. Sebab dah lama tinggal kan hobi membaca novel ni. Novel - novel yang ME bli di ekspo buku BIG BAD WOLF pun baru 1 buah je yang dah habis baca. ME pun xtau kenapa kawan ME ni beria sangat minta ME baca buku ni. Mungkin nak share minat rasanya. ME pun xkesah la..balik dari keje, siap mandi, solat, makan trus baring atas katil dan baca novel ni. Pada awalnya xberapa menarik, tapi lama kelamaan olahan cerita tu menjadi menarik seperti ianya benar - benar terjadi.

Penulis menceritakan tentang kejadian selepas tsunami. Di mana orang ramai terpaksa tidur di khemah - khemah sementara dan terdapat seorang rakyat Malaysia yang terkandas dan mengalami trauma akibat tsunami di Acheh. Terdapat juga dua beranak yang bukan berasal dari Acheh namun berhijrah ke situ untuk lari dari amalan karut penduduk kampung yang boleh berubah menjadi manusia serigala di kala bulan mengambang. 

Part yang sangat menarik adalah penceritaan mengenai Laksamana Sunan. Yang mana di dalam novel tu mengisahkan Laksamana Sunan yang berasal dari Melaka. ME sangat terpikat dengan budi pekertinya....sangat..sangat..sangat..OK! Dengan budi pekertinya la membuatkan Sang Ratu yang telah dia jampi serapah agar menjadi Ratu yang sangat kejam telah pun menjadi lembut. Sang Ratu tertarik dengan budi pekerti Laksamana Sunan sehingga mereka dinikahkan. Namun malangnya bonda Sang Ratu murka dan mencari jalan untuk memisahkan mereka. Pelbagai halangan yang datang yang rasanya xtertampung oleh kudrat manusia biasa. Tetapi Laksamana Sunan tetap sabar dan sentiasa percaya kepada Allah s.w.t

Diakhir cerita ni sedih sikit. Sedih dengan apa yang terjadi pada Laksamana Sunan. Kalau korang nak tau kenapa cari la buku ni di pasaran. Worth for all pennies spend for this novel.



Sunday, March 24, 2013

Hiking??? never thought in my mind part 2

What??? biar betul hiking lagi kitewwww...... mampu lagi x ni??? mu pikir la sendiri lagi..hahaha

Gunung Ledang sudah xperawan lagi...M and the team dh teroka gunung ni...wahhh.....Terbaik...
Kenangan + ikatan + perkenalan + dugaan + pasukan + sepakat + kerjasama + pengalamann berharga...hah cukup dengan perkataan-perkataan ni je dh boleh rangkumkan kisah pendakian Me dan kawan-kawan di Gunung Ledang....Selebihnya tgk je la foto - foto kt bwh ni..


















Hiking??? never thought of it..

wahhh... hiking ko!!!!!! larat ke tak???? mu pikir la sendiri...

Me tak pernah pun terfikir nak g hiking bagai ni...tp minat untuk join oudoor activity ni memang ada sejak azali la....Sudah suratan takdir yang menentukan....utnuk tahun 2013 ni je Me dah daki 2 gunung kt Malaysia ni.. Hujung bulan 2 Me dan kawan-kawan sekerja pergi daki gunung datuk,rembau..Kitorang plan saje-saje nk daki..tak serius pun sebenarnya..saja nak hangout sesama, melupakan sekejap kusut masai hal dekat ofis. 

Memandangkan semua tak ada pengalaman lagi daki gunung..maka kitorang bercadang naik sampai takat yang mamapu je. api segalanya dipermudahkan oleh Nya. Sampai juga kitaorang ke puncak gunung. Rasa gayat tu toksah cakap la...nak naik tangga daki batu besar pun dak kecut perut ni..Angin kat atas puncak pula kencang...terketat kepala lutut ni nak naik. Hah, naik tu satu hal..nak turunpun satu hal...kahakahakahakah..gelak + sengih sensorang je la bila teringat balik adegan-adegan yang mencuit ati...ada yang sengaja direka..dan ada pula yang terjadi tanpa sedar. Masing-masing bawak bekal. Ada yang bawa bihun, nugget, roti, air 100 plus, sandwich dan nasi goreng. Ahaiiiiii..............dh macam nak g berkelah pun ada...

Ekspedisi bermula awal pagi..Awal pun x awal sangat la..Pukul 10 baru gerak naik. Kitaorang gerak slow and easy je...Tak macam orang lain..berlari-lari naik atas..Kejap je dah lesap..Sampai je atas duk rehat dulu...Sebab dekat atas puncak ramai sangat orang..Segan pula kitaorang yg xde pengalaman ni naik memanjat...agak-agak dh surut orang kat atas tu Me and 3 orang kwan yang lain pun mula la naik ke puncak..kawan2 yg lain x ikut sama. Gerun agaknya...Me kuatkan je semangat..Sebab dh penat-penat daki kalo x naik sampai ke puncak memenag la merugikan..Eheh...Percubaan pertama naik tangga ke puncak gagal...Rasa gerun dan gayat serta kecut oerut ni..bila tgk 2 orang member Me dh lepas, Me kuatkan jugak semangat ni..Panjat la juga tangga tu tanpa pandang bawah mahupun atas...Nasib ada sorang jejaka ni berhati mulia tolong pegang tangga n tunggu kat atas puncak tu..chewaahhhh......dh sampai atas...ada lagi tangga ke batu yg lebih tinggi..Yang tu mmg me n kawan2 gayat nk naik..cukup la dh samapi puncak...Terngiang-ngiang ayat sorang pendaki (jejaka) yang dh sampai puncak "ko bagi aku duit sejuta pun ak xmau naik"...X sanggup nk panjat tangga lagi satu tu..dengan angin yang kencang..Perghhhh...Me x lama duduk kt atas tu..Sebab cuaca hampir mendung..Takut pula hujan...xpasal-pasal turun gunung dalam hujan...


Turun je dari punajk..Kitaorang x terus mula turun. Sebab ada kawan yang nak solat...Sejuk hati memandang.Dalam keadaan dan suasana macam u pun masih tidal lupa tuntutan agama. Alhamdulillah. Syukur dapa kawan yang boleh mengingatkan kita dengan soal agama ni. Masa nk mula turun Me terasa nak buang air plak..huhuhuhhu...tahan je la sampai ke bawah...tahan punya tahan sampai la dh xtertahan... terpaksa Me tinggalkan kawan-kawan..Me gerak laju sikit supaya sampai cepat ke toilet..Kaki sakit mmg dh xdihiraukan la...terasa nak terkucil sangat...Jalan punya jalan samapi satu tempat xde sapa dh sekeliling Me..Berdebar jugak hati ni..takot tersalah jalan..Tersesat ke...Hp pula xde bateri...Hadoiii.....Dupdap..dupdap...pantas je kaki ni berjalan lagi...sampai la kedengaran air terjun..fuhhh...sampai juga ke bawah...TOILET...here i come...dl 30 minit kemudian sorang kawan Me pun sampai...selang 30 minit lagi nampak la ke semua kawan-kawan Me...Muka diorang memamg penat tu xterkata la. Mana taknya..turun je terus pergi kek kedai air..Sorang order 2 gelas..Pun xcukup jugak...Nak tergelak pun ada bila tengok dorang...Yang sorang ni satu badan naik ruam..gatal-gatal..alahai kesiannya...

Esok pagi bangun kaki sakit yang amat.....Jalan pun terkengkang-kengkang...seminggu lebih baru elok..Mana x nye..x terpikir pun nk sapu ubat sakit kaki...lalalalalala...dalam sakit-sakit pun kene g kursus kt UiTM Puncak Perdana,..Yeay!!!Kursus pengurusan rekod..2 hari..Dapat jumpa kawan-kawan yang tengah buat master dan lecturer..(mana yang sempat jumpa la..)... <3 p="">







Thursday, January 3, 2013

PeNaT taPi MenYeRoNokkAN



Disember tahun lalau, 2012 iaitu last week..Wow..dh new year..HAPPY NEW YEAR EVERYBODY (2013)!!!
Ok sambung semula cerita td..Disember 2012 ME diberi kesempatan untuk cari side income...Alhamdulillah diberi rezeki di penhujung tahun. ME dpt join pengawas peperiksaan di salah University kat Melaka. Bayarannya memuaskan. Jadi xkisahlah Sabtu & Ahad pun kne keje. Penat tu mmg xpyh nk cakap la... Dalam 1 hari ada 3 slot (pagi, tghari, petang). Kalo kene jaga 3 slot 1 hari mmg nk tanggal rasanya kaki ni.dewan exam luas dan panjang. 

Hah apalagi Sabtu & Ahad pun kne bgun mcm nk g kerja. Tp perjalanan agak jauh sikit dari biasa. Blik pun mcm orang abis keje office. Between ketiga3 slot tu adalah rehat dalam 45 minit. Tp pengawa exam kene dtg awal seblm exam start..so agak rushing la nk g makan n solat dlm tempoh tu... 1 dewan boleh muat dalam 183 pelajar. First day keje, agak kekok sebab xtau nk kumpul attendace slip guna kaedah mcm mn. Dan paling kabut bila pelajar tanya no. meja...tu belum lagi yang xbawa slip exam...haru la nk settlekan problem diorang for the first timer mcm ME ni..Tp ME bernasib baik..ada 2 orang ofismate ME yg ada jd pengawas dekat situ..So, dapat la tanya mana yang blur tu..

3 minggu jaga exam, mcm2 orang yang jumpa:-

  • Student tak berenti menulis walaupun ketua pengawas dh bgtau tamat waktu peperiksaan. Dah la ME yg kene kutip kertas jawapan dia. Dia dok elok buat xtau..trus je menulis idea yg bru trun dri langit agaknya..tiba pengawas yg senior dtg straight kne jerit..HAHAHA..ME pun terkejut sama.Tp xde la jerit mcm org meroyan tu.Just suh student stop menulis dengan nada yg kuat je. Coz ada beberapa student lg yg xberenti menulis. 
  •  
  •  Jumpa kawan masa sekolah menengah dulu. nama dia Annbukarase..eh, btol xek eja nama dia ni..HAHAHA. Dh jadi jururawat n sambung belajar lagi..Welldone!
  •  
  • ME dapat jumpa kwan masa Lower 6. Kawan yg xberapa rapat tp ok la..boleh bawa berborak..Dh jadi polis n sambng belajar lagi.Kitaorg panggil dia Hafiz Sikat.Coz masa kt sekolah dia simpan sikat kt kocek belakang seluar dia n jap2 sikat rambut dia yang bertepek-tepek tu....Penat la ME dok translatekan setiap ayat soalan tu kat dia..Soalan dlm bahasa English. Xtau la dia dapat jawab or x...tgk kepala tergeleng-geleng je..Harap-harap dapat la jawab.
  •  
  • ME jumpa kawan sekelas masa sekolah menengah dulu (Izyan Hanis). Dia mother of 2 sons. Sambung belajar dlm jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak.
  •  
  • Jumpa mama kepada ofismate ME. Ofismate ME tu  Dekan shcool of management. ME kenal dia pun sebab ofismat ME ni bawa jumpa n g brunch sesama masa kitaorg lari dari attend seminar. 
  •  
  • Jumpa juga Farhana Adila Sahak.ME xpeanh bercakap or bertegur sapa dgn dia masa sekolah menengah dulu.coz xpenah sekelas.
  •  
  • Dapat jgk jumpa kawan masa diploma dulu..tp xrapat dengan dia sgt pun..dia pun ada masa sem 1 je...nama dia Lina..xtau nama penuh dia apa..hehehe..
  •  
  • xsangka dapat jumpa En Salleh..Dulu dia sifu ME masa ME praktikal dekat Utem. 
  •  
  • Yang paling best, ME dapat jumpa Ustaz Rosdi. Ustaz yang mengajar Agama Islam masa ME sekolah rendah..hehehe
Semua yang me jumpa dapat la bertegur sapa walaupun sekejap..Dalam dewan tu kan nak berborak pulak kan..Apa yang penting dalam tempoh 2jam 30 minit jaga exam tu, perlu lah ada daya penarik dalam dewan tu.At least sorang..baru x bosan dan ngantok jaga exam..HAHAHAHA.

In short, ME boleh katakan, ni pengalaman yang berbaloi dan sepadn dengan bayaran yang dapat. Owh, b4 tu, ME dapat la kawan2 baru..kawan2 pengawas exam.Dorang ada yang masih lagi student, ada yang bekerja n ada pensyarah kolej jgk yg wat part time jd pengawas exam.. So, kat sini ME nak conclude yang keje ni mmg penat tetapi menyeronokkan!!! (^_^)

p/s : Jangan pakai kasut yg akan merbahayakan kaki anda.



StatCounter