Ulau melingkau atas pagau.......
Sebut je Melaka mesti akan teringat Asam Pedas kan..kan..kan.. Tapi selain asam pedas, Melaka sinonim juga dengan sejarahnya, bangunan lama, baba & Nyonya dan sebagainya la. People said orang Melaka ni kahau. Me pun tak tahu apa maksud kahau tu sebenarnya. Tp bila sebut kahau, adalah definisinya dalam kepala ni. Tapi susah nak di terjemahkan. Me memang anak jati Melaka and I'm do not like the act of kahau. Yes, ada orang Melaka yang kahau. But ada jaga yang tak. Maybe di negeri lain pun ada cuma term of kahau tidak digunakan je. Ok enough of that, today post Me nak share resepi bujang. Coz Me pun memang orang bujang.
Opss sebelum terlupa, Me nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN. Hari ini adlah hari raya yang ke-4. Kejap je dah 4 hari umat Islam beraya selepas sebulan berpuasa.
Okay berbalik kepada resepi bujang Me tadi. Almaklum la bulan lepas adalah bulan Ramadhan. Jadi macam-macam la yang tekak ni teragak nak makan. Tapi yang penting bende simple2 je bleh teragak. Juadah yang rumit2 ni bukan style Me la. Sebab xpandai masak dan xrajin. Hehehehe.......
So here is my resepi for Asam Pedas Ikan Merah.
BAHAN:
|
Asam pedas: Serai, Daun limau & Daun Kesum |
|
Asam pedas:Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia (besar ibu jari je) & belacan |
|
Asam pedas:Ikan merah |
|
Asam pedas: Bendi & terung bulat |
Untuk portion each bahan-bahan korang agak2 la ye. Nama pun dapur bujang, so main campak-campak dalam periuk je la. Janji ada rasa dan rupa. Hehehe....
1. Blend / tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup,halia dan belacan sehingga lumat.
2. Serai dititik.
3. Panaskan minyak dalm periuk. Apabila panas, tumis cili giling bersama bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan serai yang dah dititik tadi.Tumis sehingga pecah minyak (maksudnya dh nampak minyak timbul la kot).
Kemudian perah air asam jawa dan tambah air sehingga puas hati tahap kepekatan kuah tu nanti.
4. Kemudian masuk ikan merah. (jangan kerap kacau kuah tu, nanti hancur ikan).
5. Masukkan juga daun limau, daun kesum, bendi dan terung bulat. Jangan lupa bahan perasa. Bila kuah dan mendidih dan ikan pun dah masak, kemudian sedia untuk dihidang.
|
Asam pedas ikan merah |
|
Asam pedas ikan merah |
|
Asam pedas ikan merah |
Me suka makan sayur, so Me letak bendi banyak. sampai ikan merah dh terlindung sebalik bendi. hehehe... OK selamat mencuba ye.... masak campak-campak with hati and iman. =)
p/s: Kalo datang ke Melaka dan nak mencuba asam pedas melaka, pergi la senarai kedai kt bawah ni. Memang asam pedas power dan terangkat.
https://www.google.com/search?q=asam+pedas+melaka&ie=utf-8&oe=utf-8#q=asam+pedas+melaka&rflfq=1&tbm=lcl
|
Asam Pedas Melaka |