Showing posts with label beach. Show all posts
Showing posts with label beach. Show all posts

Monday, July 27, 2015

Angin Bayu Pantai Klebang

Be productive..Chaiyokk

Or not being productive..duh!

Dilemma...dilemma...

Haha...biasalah kalau dah tiba hujung minggu macam-macam yang berlegar kat kepala ni. Mula la fikir nak qada' tidur lah, keluar shopping, tengok wayang karaoke and paling best kalo dapat pergi mini travel ke tempat-tempat yang menarik and lagi awsome dapat pergi tempat yang 'rare'.

Tapi fikir memang la boleh fikir. Tang ongkos tu sapa nak jawab????? ...............................................silent..............................................

Untuk minggu ni, ME plan bawa parents dan anak buah pegi sarapan dan amik angin laut pagi. Memang best la kan. Tempat yang dipilih untuk sarapan pagi adalah area nak ke pekan Alor Gajah. Lagi tepat gerai sebelah masjid biru di Alor Gajah. Gerai ni kecik je. Tapi pengunjung memang ramai.

Menu pilihan adalah Nasi Lemak + telur goyang, roti canai, air sirap ais, teh panas. Memang dah kene la kan sarapan lazim rakyat Malaysia. Dalam syok makan, mata ni dok melilau tengok langit. Dalam hati dah berkata-kata "Langit dan gelap, jalan la hujan. Nak pergi mandi laut ni..=( " Tak best rasanya kalau keluar semata-mata nak pergi sarapan je. Jauh plak tu pergi sarapan. Dah alang-alang tu baik jejalan sekali. Cadang nak ke Tanjung Bidara. Tapi ayah Me cakap jauh nak ke sana. So Me decide pergi Pantai Klebang je. Cadangan awal nak ke Tanjung Bidara sebab Me dah selalu pergi ke Pantai Klebang dan juga Pantai Puteri. Jadi, niat tu nak amik angin tempat lain. Tapi xpela. My parents & anak buah xselalu pun ke sana. So we are heading to Pantai Klebang. 

Pantai Klebang here we come!!!

Dalam perjalanan hujan turun mencurah-curah. Lebat! Drive pun 40km/j je. Xnampak jalan uols. Tapi hati ni berkeras jugak nak bawa dorang pergi jejalan. Sampai simpang masuk ke Pantai Klebang, hujan masih turun tapi x selebat td. Dalam hati ni berkata-kata lagi "kalo sampai kt pantai dan hujan lagi, duduk dalam kereta je la dengar bunyi ombak". Alhamdulillah sampai jugak di Pantai Klebang. Hujan renyai-renyai. Me dengan rombongan Me turun dari kereta dan terus ke pantai. Tapi my parents xla. Dorang duduk di kawasan teduh sambil amik angin pantai je.

Hati ni meronta-ronta nak mandi, tapi segan plak sensorg. Anak buah Me memang terlebih excited nak main air. Xpela, tengok kan dorg main air je la. Karang dah leka berenang takot tak tertengok plak budak kecik dorg ni. Dalam 1 jam duk kt pantai tu, Me decide untuk balik. Ok la tu amik angin laut pepagi dari duk umah je kan. Tengok anak buah happy Me pun happy jugak. Sebab dapat bawa dorang datang ke laut and make them happy.  For my parents, happy juga bawa dorang jejlan walaupun xjauh. Dorang pun asyik duk rumah je. Sekali-sekala bawa la jejalan tengok permandangan lain. Mission accomplish.

Kat bawah ni gambar-gambar yang Me sempat snap:

Mandi di Pantai Klebang

Hujan renyai di Pantai Klebang

Selepas mandi di Pantai Klebang

Pasir putih Pantai Klebang












Ambil angin di Pantai Klebang : Parents Me



Ombak Pantai Klebang

Ombak Pantai Klebang

Ombak Pantai Klebang

StatCounter