Showing posts with label pantai klebang. Show all posts
Showing posts with label pantai klebang. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

Melaka ada padang pasir secantik Mesir ??!!

Hi peeps,

Korang ada teringin tak nak ke Mesir? naik unta, jalan-jalan di padang pasir dengan pakai sunglasses. How cool dapat amik gambar ditengah-tengah padang pasir. Lagi cool amik gambar ditengah-tengah padang pasir sambil duduk atas jeep dengan pakai spec Rayban. Hehehehe.. Dapat bayangkan tak. Time tu jangan fikir panas. Fikir nak nampak cool and amik gambar tahap epik.

Bagi yang ada bajet tu boleh la merasa naik kapal terbang terus pergi ke Mesir. Tapi bagi yang tiada bajet tu macam mana?????

Hahhhhh..................................
Jangan cepat kecewa, sebab tak payah pergi jauh-jauh kalau nak bergambar kat tengah-tengah padang pasir. Pakat mai datang Melaka. Apa orang kata, historical city of Malacca? Yezza!!! Melaka Bandaraya Bersejarah. Korang xpayah nak buat passport nak beli tiket kapal terbang. Dalam Malaysia pun dah ada padang pasir. Korang boleh google je kat google map lokasi padang pasir kat Melaka ni.

Google map ke Padang Pasir, Pantai Klebang
Memang feel macam berada di Mesir la. Lagi cun dekat dengan Pantai Klebang dan pantai Puteri. So lepas bergambar di padang pasir, boleh pula bergambar di pantai. Lepas tu boleh jugak berenang. Best kan? 

Siap bergambar dan mandi-mandi, isi perut pula di restoran yang memang terkenal. Kalau sampai Klebang, memang tak lengkap kalau tak singgah ke Coconut Shake Klebang. Memang terangkat sedut coconut shake Klebang. Actually, bukan ada coconut shake je, kopok lekor, kuih muih dan nasi lemak pun ada. semuanye memang sedap-sedap. Gerenti la!!!! Jangan dilupakan juga kuih keria Limbongan

Coconut Shake Klebang
Kuih Keria Limbongan
Me berkesempatan juga pergi kat padang pasir ni. Secara kebetulan je singgah ke situ. Tanpa bawa kamera. So kena la pakai kamera telefon pintar (telefon murah, so gambar xberapa cantik). Korang kalau nak datang, prepare la bawa kamera DSLR atau compact camera. Tapi jangan lupa cas.

Ok lah korang tengok gambar yang Me sempat ambil masa datang ke padang pasir Pantai Klebang.

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

Monday, July 27, 2015

Angin Bayu Pantai Klebang

Be productive..Chaiyokk

Or not being productive..duh!

Dilemma...dilemma...

Haha...biasalah kalau dah tiba hujung minggu macam-macam yang berlegar kat kepala ni. Mula la fikir nak qada' tidur lah, keluar shopping, tengok wayang karaoke and paling best kalo dapat pergi mini travel ke tempat-tempat yang menarik and lagi awsome dapat pergi tempat yang 'rare'.

Tapi fikir memang la boleh fikir. Tang ongkos tu sapa nak jawab????? ...............................................silent..............................................

Untuk minggu ni, ME plan bawa parents dan anak buah pegi sarapan dan amik angin laut pagi. Memang best la kan. Tempat yang dipilih untuk sarapan pagi adalah area nak ke pekan Alor Gajah. Lagi tepat gerai sebelah masjid biru di Alor Gajah. Gerai ni kecik je. Tapi pengunjung memang ramai.

Menu pilihan adalah Nasi Lemak + telur goyang, roti canai, air sirap ais, teh panas. Memang dah kene la kan sarapan lazim rakyat Malaysia. Dalam syok makan, mata ni dok melilau tengok langit. Dalam hati dah berkata-kata "Langit dan gelap, jalan la hujan. Nak pergi mandi laut ni..=( " Tak best rasanya kalau keluar semata-mata nak pergi sarapan je. Jauh plak tu pergi sarapan. Dah alang-alang tu baik jejalan sekali. Cadang nak ke Tanjung Bidara. Tapi ayah Me cakap jauh nak ke sana. So Me decide pergi Pantai Klebang je. Cadangan awal nak ke Tanjung Bidara sebab Me dah selalu pergi ke Pantai Klebang dan juga Pantai Puteri. Jadi, niat tu nak amik angin tempat lain. Tapi xpela. My parents & anak buah xselalu pun ke sana. So we are heading to Pantai Klebang. 

Pantai Klebang here we come!!!

Dalam perjalanan hujan turun mencurah-curah. Lebat! Drive pun 40km/j je. Xnampak jalan uols. Tapi hati ni berkeras jugak nak bawa dorang pergi jejalan. Sampai simpang masuk ke Pantai Klebang, hujan masih turun tapi x selebat td. Dalam hati ni berkata-kata lagi "kalo sampai kt pantai dan hujan lagi, duduk dalam kereta je la dengar bunyi ombak". Alhamdulillah sampai jugak di Pantai Klebang. Hujan renyai-renyai. Me dengan rombongan Me turun dari kereta dan terus ke pantai. Tapi my parents xla. Dorang duduk di kawasan teduh sambil amik angin pantai je.

Hati ni meronta-ronta nak mandi, tapi segan plak sensorg. Anak buah Me memang terlebih excited nak main air. Xpela, tengok kan dorg main air je la. Karang dah leka berenang takot tak tertengok plak budak kecik dorg ni. Dalam 1 jam duk kt pantai tu, Me decide untuk balik. Ok la tu amik angin laut pepagi dari duk umah je kan. Tengok anak buah happy Me pun happy jugak. Sebab dapat bawa dorang datang ke laut and make them happy.  For my parents, happy juga bawa dorang jejlan walaupun xjauh. Dorang pun asyik duk rumah je. Sekali-sekala bawa la jejalan tengok permandangan lain. Mission accomplish.

Kat bawah ni gambar-gambar yang Me sempat snap:

Mandi di Pantai Klebang

Hujan renyai di Pantai Klebang

Selepas mandi di Pantai Klebang

Pasir putih Pantai Klebang












Ambil angin di Pantai Klebang : Parents Me



Ombak Pantai Klebang

Ombak Pantai Klebang

Ombak Pantai Klebang

StatCounter