Showing posts with label valentine's day. Show all posts
Showing posts with label valentine's day. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

~ A day for every love birds ~ Part 2

Pandangan pakar agama (Islam) mengenai Hari Kekasih :


  • Ustaz Nor Amin Sayani
Sebenarnya sambutan hari kekasih ini juga bercanggah dengan ajaran Islam, kerana Islam batasannya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai muda-mudi Islam yang ternanti-nanti untuk merayakan hari kekasih ini dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Allah swt berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32). 
  • Datuk Seri Harussani Zakaria
“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut. Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,”


Cukup la dengan hanya dua pandangan sahaja yang di highlight kan..... Dulu Tanah Arab dan umat islam amat di segani.. Ini terbukti dengan kemunculan Al Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Battuta, Ibnu Khaldun, Al Biruni, Ibnu Bajjah, Al Farabi, dan banyak lagi..Sehingga kan Hitler amat mengagumi ulama-ulama Islam (Me akan cerita kan apa kaitan Islam dan Hitler untuk entry akan datang.tunggu ok!). Kenapa la kita yang beragama Islam ni pulak nak memperingati paderi yang telah dihukum bunuh kerana mengahwinkan askar secara senyap. Kerana ketika itu orang muda tidak dibenarkan berkahwin tetapi perlu berjuang di medan perang. 


Kenapa tidak kita memperingati tarikh-tarikh penting di zaman kegemilangan Islam. Di sini Me ingin sekali ingtkan diri Me sendiri dan rakan-rakan seagama, janganlah kita lela dan terlau terikut dengan perilaku yang mendorong kearah kepesongan iman oleh umat yang tidak seagama dengan kita. Kembalikan semula zaman kegemilangan umat Islam dahulu kala. Bijak la dalam survive di dunia sebagai khalifah dunia, dan bijak la juga dalam usaha untuk survive di akhirat sebagai khalifah Allah s.w.t.



StatCounter