Showing posts with label langkawi island. Show all posts
Showing posts with label langkawi island. Show all posts

Thursday, February 5, 2015

A short gateaway!!

Unbelievable........................

Dalam kesibukan keje, boleh plak bercuti. Actually unplanned holiday. Saje tengok-tengok website Air Asia. Nampak pula harga tiket murah. Tapi weekday (Rabu). Me tanya my fren, dia pun on and boleh replace kelas. Me pun rasa why not amik cuti tiga hari (Rabu, khamis & Jumaat) n fly away. Sebelum tau result exam dan tau nasib next semester macam mana (rasa macam teruk je.hope not.pleaseeee). So deal, we gonna fly to Langkawi..yeay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Process cari motel/hotel/resort pun mula. Cari punya cari, google punya google, last minit we book Amzar Motel. Because dekat Cenang and murah. This is our budget vacation. Must be all in bajet criteria. Hahahaha..Actually Amzar Motel ada sediakan 4 pakej penginapan. Untuk malam pertama, kami book untuk hotal bernilai RM75 per night. The next day at 12pm kami ke pejabat Amzar Motel untuk check untuk check in motel bernialai Rm35 or Rm45 per night. Alhamdulillah ada kekosongan untuk motel RM45. So kami transfer ke bilik tu. Save la sikit compare to RM75 per night. Coz nak menginap lagi 2 malam. 

We start our journey of course from our own home. My freind pick Me up at my house then go to Melaka Central. From Melaka Central, kami naik bas Transnasional jam 10.30 pagi ke KLIA2. Both xpernah lagi sampai ke KLIA2. This is our first time and redah je la. Sampai je KLIA2 dalam jam 12 or 1 petang. Berenti minum Boost dulu. Coz masing-masing tak makan lagi. Excited punya pasal minum Boost pun dh cukup mengenyangkan. Solat siap2 b4 flight jam 5.40 petang. Dalam flight hampir penuh jgk la penumpang. But row kami hanya ada kami berdua. masa booking dulu mmg seat byk lagi yang kosong. Kami pilih untuk duduk belakang sikit so nampak la hujung sayap yang nice to take a snapshot. Alhamdulillah, flight x delay.
Snap sikit otw ke Amzar Motel




Sampai lapangan terbang Langkawi dalam jam 6 lebih. Sampai je trus cari kereta sewa. Tanya punya tanya, at last we decide untuk amik kereta ViVa auto Rm50 per day. Nombor plat Melaka plak kebetulan dapat. terus sumbat masuk dalam kereta and cari Amzar Motel. Alhamdulillah xmengambil masa yang lama nak cari. tapi sampai je Amzar Motel, tiada pekerja yang bertugas di kaunter. Katanya berehat untuk solat. So kami ke pantai sekejap tgk view. Memang cantik dan ramai pelancong asing yang ada. Agak-agak dah penat berdiri, kami pergi semula ke Amzar Motel, yessss dh buka so kami check in, masuk hotel mandi dan keluar makan. kami makan luar dari pantai cenang. Coz due to my friend, harga di kawasan Pantai cenang mahal. Balik dari makan kami jalan2 are Cenang nak cari pakej snorkeling. Dapat pakej yang paling murah kami jumpa malam tu RM120 (include tambng feri, pengankutan pergi & balik, lunch dan set snorkeling). Hati manyak senang sebb dh dapat booking pakej snorkeling. Next, masuk hotel rehat n zzzzzzzzzzzzzzzzzz.....


Pantai Cenang




Second day di Langkawi,

Pagi bangun and berjalan di Pantai Cenang. Dan ada laut depan mata, memang xsah la kalo x terjun masuk laut. Hehehe.. testing waterproof bag yang Me beli kt Lelong.com.




After puas mandi laut, kami blik ke hotal dan keluar semula. Kami berjalan tanpa arah tujuan.hahaha..Xdelah, misi pertama adalah ke jeti Langkawi untuk beli tiket ke Kuala Keadah ari Sabtu nanti.. Tapi akak kt kaunter tu cakap xboleh beli 2 hari sebelum. Hanya dibenarkan sehari sebelum. Sebab musababnye Me kurang pasti. alang dah sampai jeti Langkawi p amik gambar jap kat Dataran Lang.

Waktu perjalanan feri ke kuala kedah









Next, go to Haji Ismail Group untuk beli coklat. Pening gak kt situ sebab macam2 coklat ada n ramai orang. So misi untuk penuhi permintaan ramai. Keluar je HIG, hah amik kau satu beg besauuu n berat plak tu. Nasib sewa kereta. if sewa motor mau Me jual balik coklat-coklat tadi. Next pit stop is makam mahsuri. Tempat wajib pegi kalo dah ada kt Langkawi. Last Me singgah Makam Mahsuri ni kalo tak silap masa Me sekolah rendah lagi. Ke dah sekolah menengah..Ish.. xingatlah. Korang boleh jamu gambar yang Me snap di sekitar Makam Mahsuri.

Next pit stop plak kedai gamat, Nusantara Gamat. Kami ke sini nk borong gamat untuk bagi pada kawan-kawan dan famili. Ada plak rakaman apa ntah. Carl Shafik (betul ke eja) ada kt situ. Me memang xperasan pun dia tgh buat rakaman. My friend yang perasan x sempat nk bgtau, Me dh kacau view pengambaran.hahahaha.....gasak la. Tempat terakhir yang kami nak pegi ialah Pantai Pasir Hitam (Black Sand Beach). Kalo ikot gps mmg kami dh sampai kt pantai tu. Tapi pantainya x hitam. Sebabkan dh petang, belasah je la trun tengok view kt pantai apa pun kami x tau. ada plak peneman kitaorg kt situ. Layan gambr kt bwh.

















3rd day di Langkawi,

As usually, my friend akan kejut Me bangun. tapi pagi ni awal sikit. Sebab kene ada depan motel jam 8.15 pagi. Bas akan datang jemput untuk bawa ke jeti Langkawi. Nak pergi mana ni???? Kitaorg nak pergi SNORKELING...yeay!!! our 1st experience. sampai je kt jeti, Organizer bagi tag tangan dan terus dibawa ke feri. Perjalanan memakan masa 1jam lebih untuk sampai ke Pulau Payar. We are toooooooo excited sampai xkesah pun nak breakfast dulu. sampai di jeti mana ntah. Kami kne naik open air boat untuk pegi kt pantai Pulau Payar. Memang jernih...wahhhhhhhhhhhhh xsabar nak masuk dalam air. Tapi yang kelakarnya kami xtau nak pkai set snorkeling macam mana. tgk kiri kanan dan main pkai je la. For the first time agak x pandai nak bernafas. Tapi lepas tu ok je. Jelas nampk ikan-ikan kt situ. Kul 1 timbul ikan jerung. Memang excited nak berenang dekat dengan jerung tu. My friend ni nak tengok sangat jerung tapi penakut. At last Me tinggal kan dia and berenang dekat dengan jerung. Puas ati dapat snap gambar jerung even x bpe jelas. Korang boleh tgk gambar di Pulau Payar tu kt bawah ni. Opss lupa nak bgtau lunch yang disediakan ialah nasi gorang, salad, fries, ayam gorang, limau sebiji, air mineral sebotol & air tin ais lemon tea. Memang kenyang la. Tapi xselasa tempat tukar pakaian. sumber air ada untuk membilas badan. Masalahnya air tu adalah air laut jugak..hahaha...







Muka letih selepas snorkeling


Muka excited sebelum snorkeling


Shark!!!


















Esoknya sebelum ke jeti Langkawi untuk ke Kuala Kedah, kami singgah lagi ke haji ismail group. Beli coklat lagi! ada tempahan last minit. xlama pun. Kejap je. sampai di jeti, pulangkan kunci kereta dan pergi beli tiket feri. dari jeti Langkawi ke Kuala Kedah amik masa 1jam 45 minit. Sempat la abes cerita Oh mak kau (betol kot tajuk cite ni). 


At the end, kulit gelap sikit tapi seronok. Memang Me lupakan abes bab keje dan bab result exam yang tak pasti bila akan kuar. Next misi nak cri tiket flight murah lg ke Langkawi. Sebab nak ikut pakej Island Hoping dan Jungle trekking.

Kat bawah ni gambar Amzar motel rate RM45 pernight. Sangat ok untuk korang yang ber holiday bajet.









StatCounter