Sunday, January 23, 2011

Saladin itu Salahuddin Al-Ayyubi

Anda semua pernah tengok animasi bersiri Saladin ni??....
Me ikut la juga cerita ini di TV1 hari sabtu dan siaran ulangan pada hari Ahad. Apa yang menjadi tanda tanya dalam kepala Me ialah siapa Saladin ni? Dan kenapah kisah hidupnya diangkat dan di siarkan dalam bentuk siri animasi. Dek kerana itu Me buat sedikit ulangkaji dan hasilnya adalah seperti di bawah :

Nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. 

Beliau terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Salahudin Al-Ayubi atau tepatnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Salah Ad-Din Ibn Ayyub atau Saladin/salahadin (menurut lafal orang Barat) adalah salah satu pahlawan besar dalam tharikh (sejarah) Islam.


Data lengkap tentang Salahuddin Al-Ayubi
Memerintah 1174 M. – 4 Maret-1193 M.
Dinobatkan 1174 M.
Nama lengkap Yusuf Ayyubi
Lahir 1138 M. di Tikrit, Iraq
Meninggal 4 Maret-1193 M. di Damaskus, Syria
Dimakamkan Masjid Umayyah, Damaskus, Syria
Pendahulu Nuruddin Zengi
Pengganti Al-Aziz
Dinasti Ayyubid
Ayah Najmuddin Ayyub


Nak tau lebih lanjut lagi tentang pahlawan Islam ini, Me sediakan maklumat bibliografi untuk bahan yang boleh dirujuk tentang Salahuddin Al-Ayubi

Saladin: Hero of Islam
Paperback: 224 pages
Publisher: Pen and Sword (June 2010)
Language: English
ISBN-10: 1848842031/978-1848842038 
 Harga: $17.06

Shalahuddin al-Ayubi - Meniti Jalan Menuju Pembebasan Tanah Palestina
Penulis: Abdullah Nasih Ulwan
Terbitan: Studia Press
Harga: RM24.00

Friday, January 14, 2011

Echo Smartpen 8GB



Pen pintar Echo Smartpen keluaran Livescribe Inc ini baru menjengah pasaran tempatan dan penggunaannya dirasakan belum terlalu meluas. Gadget ini sama macam pen biasa dengan dakwat yang membantu anda menulis atau melukis di atas kertas atau buku nota dot (kertas khas). Kemudian ia boleh dipindah naik ke dalam perisian Livescribe Desktop. Pen ini menyimpan setiap apa yang anda tulis di atas kertas terbabit dan disimpan di dalam sistem memori dalamannya.

Sebelum dipindah ke dalam komputer, terlebih dulu anda dikehendaki memasang perisian sokongannya yang perlu dipindah turun dari laman web www.livescribe.com/install dan ikut arahan pemasangannya. Sebaik kita melancarkan perisian Livescribe Desktop, komputer akan mula membaca memori di dalam pen pintar itu dan dipaparkan di atas skrin mengikut halaman.
Pen ini mampu menyimpan apa saja yang anda tulis, lukis dan mungkin conteng di atas buku dot itu walaupun dalam keadaan kadang kala dakwat tidak keluar terutamanya pada awal penulisan. Bila tak keluar dakwat, kita akan ulang tulis di atas tempat yang sama. Proses itu semuanya akan tertera semula di atas skrin dan nampaklah imej berganda.Uniknya, ia tidak berfungsi jika ditulis di atas kertas lain. Itu bermakna ia mesti bergerak secara berpasangan iaitu mesti ada pen dan ada buku dot itu.


Penguji berpendapat ia sesuai dan kaedah baru dalam mendigitalkan tulisan tangan. Dalam pada itu pelbagai aplikasi sokongan boleh dipindah turun dari laman web Livescribe Applications Store termasuk kamus, terjemahan, alat produktiviti, game dan sebagainya.

Antara fungsi lain yang mengagumkan ialah ciri keselamatan dengan kata laluan ke atas nota yang ditulis dan Pencasts yang membolehkan pengguna berkongsi nota sebagai fail pdf, audio atau pencasts. Dan boleh juga berkongsi di laman sosial termasuk Facebook.
Spesifikasi
PRODUK: Echo Smartpen 8GB

HARGA: RM1,139
PENGELUAR: Livescribe Inc

StatCounter