Pen pintar Echo Smartpen keluaran Livescribe Inc ini baru menjengah pasaran tempatan dan penggunaannya dirasakan belum terlalu meluas. Gadget ini sama macam pen biasa dengan dakwat yang membantu anda menulis atau melukis di atas kertas atau buku nota dot (kertas khas). Kemudian ia boleh dipindah naik ke dalam perisian Livescribe Desktop. Pen ini menyimpan setiap apa yang anda tulis di atas kertas terbabit dan disimpan di dalam sistem memori dalamannya.
Sebelum dipindah ke dalam komputer, terlebih dulu anda dikehendaki memasang perisian sokongannya yang perlu dipindah turun dari laman web www.livescribe.com/install dan ikut arahan pemasangannya. Sebaik kita melancarkan perisian Livescribe Desktop, komputer akan mula membaca memori di dalam pen pintar itu dan dipaparkan di atas skrin mengikut halaman. Pen ini mampu menyimpan apa saja yang anda tulis, lukis dan mungkin conteng di atas buku dot itu walaupun dalam keadaan kadang kala dakwat tidak keluar terutamanya pada awal penulisan. Bila tak keluar dakwat, kita akan ulang tulis di atas tempat yang sama. Proses itu semuanya akan tertera semula di atas skrin dan nampaklah imej berganda.Uniknya, ia tidak berfungsi jika ditulis di atas kertas lain. Itu bermakna ia mesti bergerak secara berpasangan iaitu mesti ada pen dan ada buku dot itu.
Penguji berpendapat ia sesuai dan kaedah baru dalam mendigitalkan tulisan tangan. Dalam pada itu pelbagai aplikasi sokongan boleh dipindah turun dari laman web Livescribe Applications Store termasuk kamus, terjemahan, alat produktiviti, game dan sebagainya.
Antara fungsi lain yang mengagumkan ialah ciri keselamatan dengan kata laluan ke atas nota yang ditulis dan Pencasts yang membolehkan pengguna berkongsi nota sebagai fail pdf, audio atau pencasts. Dan boleh juga berkongsi di laman sosial termasuk Facebook.
Spesifikasi
PRODUK: Echo Smartpen 8GB
HARGA: RM1,139
PENGELUAR: Livescribe Inc
t kalo ader rezeki lebih..if ko kawin aku bg present nie ea....wink2..;)
ReplyDeletehah???mcm tu ak kne kawen cepat..if lmbt2 t technolgy ni dh obselete..wehuuu
ReplyDelete