Friday, June 10, 2011

Mari renung bersama >>>> Menziarahi ibu bapa

KERANA mereka sesungguhnya tidak akan memberitahu masalah atau meminta sesuatu yang boleh membebankan anak-anak yang pulang ke kampung. Walaupun ketika kita kecil atau di bawah tangunggan mereka kita selalu bergantung kepada mereka. Tetapi ketika merea di usia emas ini mereka tetap berusaha untuk tidak membebankan anak mereka walaupun si anak berkemampuan dari setiap segi.
KERANA di usia emas inilah peluang untuk mereka untuk mencari bekalan sebagai persiapan mereka di akhirat kelak. Bukannya masih lagi menanggung beban menjaga dan membesarkan anak-anak kita.
KERANA tidak mahu kita dan isteri/suami kita berkecil hati atau tidak selesa semasa berada dikampung, mereka sanggup membuat kerja lebih dengan memastikan segala kemudahan dan makanan cukup untuk kita.




1.       Adakah kita akan membantu ibu bapa kita meringankan rutin harian mereka dengan menolong memasak,  menyapu rumah, menyiram pokok, mengemas halaman rumah.
2.       Adakah kita akan bertanya sekiraya mereka mempunyai sebarang masalah.
3.       Adakah kita menghabiskan masa dengan berbual dan bergurau senda dengan mereka.
4.       Adakah kita memasak makanan kegemaran mereka.
5.       Adakah kita pastikan segala kebajikan mereka terjamin sepeninggalan kita nanti.
 
ATAU

1.       Kita membawa mereka bersiar/membeli-belah tetapi hakikatnya kita mengharapkan mereka dapat    menjaga anak-anak kita ketika kita sibuk bersiar/membeli-beli.
2.       Kita balik sekadar cukup syarat dengan tidak menghabiskan masa bersama mereka tetapi keluar berjumpa kawan lama.
3.       Kita balik bersama isteri/suami bersama anak-anak yanh hanya duduk sahaja tanpa meringankan beban mereka dengan rutin harian yang selalu dilakukan.
4.       Kita balik ke kampong dengan mengharapkan sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam siap terhidang sepanjang masa kita di kampong halaman.
5.       Kita balik dan pulang kerumah masing-masing dengan membiarkan ibubapa kita mengemas bilik atau tempat tidur kita.
6.       Atau menghantar anak-anak kita ke kampung untuk dijaga oleh ibu bapa kita.

ADAKAH KITA SEDAR SEMUA INI. MUNGKIN PADA PEMANDANGAN KITA PERKARA INI BUKANLAH SESUATU YANG BOLEH DIJADIKAN ISU. TETAPI KITA JUGA AKAN MENJADI SEPERTI KITA; MEMPUNYAI ANAK, MENANTU DAN CUCU. MEREKA AKAN MENZIARAHI KITA DAN MUNGKIN PERKARA YANG KITA LAKUKAN KEPADA IBU BAPA KITA KETIKA MENZIARAHI MEREKA DULU AKAN TERJADI PADA KITA. WALLAHUALAM…..SAMA-SAMALAH KITA RENUNGKAN KEMBALI.

StatCounter