Friday, October 11, 2013

IQRA'.Maka bacalah...

Selamat pagi....

Alhamdulillah diberi lagi kesempatan untuk ME bernafas di bumi ini. Di pagi - pagi jumaat ni ME berseorangan di pejabat. Suppose hari ini seluruh rakyat Melaka cuti bersempena ulangtahun kelahiran TYT Melaka. Tapi ME dan beberapa rakan yang lain di tuntut untuk datang pejabat kerana mengendalikan peperiksaan hari terakhir untuk pelajar UiTM. Dalam duk menjaga bilik gerakan peperiksaan sensorang ME pun tergerak nak update blog ni yang dh lama x dijenguk. So, entry hari ni mengenai buku...........

Kawan ME bagi pinjam novel CINTA SANG PUTERI yang dihasilkan oleh Ramlee Awang Murshid. ME teragak - agak sebenarnya nak baca buku ni. Sebab dah lama tinggal kan hobi membaca novel ni. Novel - novel yang ME bli di ekspo buku BIG BAD WOLF pun baru 1 buah je yang dah habis baca. ME pun xtau kenapa kawan ME ni beria sangat minta ME baca buku ni. Mungkin nak share minat rasanya. ME pun xkesah la..balik dari keje, siap mandi, solat, makan trus baring atas katil dan baca novel ni. Pada awalnya xberapa menarik, tapi lama kelamaan olahan cerita tu menjadi menarik seperti ianya benar - benar terjadi.

Penulis menceritakan tentang kejadian selepas tsunami. Di mana orang ramai terpaksa tidur di khemah - khemah sementara dan terdapat seorang rakyat Malaysia yang terkandas dan mengalami trauma akibat tsunami di Acheh. Terdapat juga dua beranak yang bukan berasal dari Acheh namun berhijrah ke situ untuk lari dari amalan karut penduduk kampung yang boleh berubah menjadi manusia serigala di kala bulan mengambang. 

Part yang sangat menarik adalah penceritaan mengenai Laksamana Sunan. Yang mana di dalam novel tu mengisahkan Laksamana Sunan yang berasal dari Melaka. ME sangat terpikat dengan budi pekertinya....sangat..sangat..sangat..OK! Dengan budi pekertinya la membuatkan Sang Ratu yang telah dia jampi serapah agar menjadi Ratu yang sangat kejam telah pun menjadi lembut. Sang Ratu tertarik dengan budi pekerti Laksamana Sunan sehingga mereka dinikahkan. Namun malangnya bonda Sang Ratu murka dan mencari jalan untuk memisahkan mereka. Pelbagai halangan yang datang yang rasanya xtertampung oleh kudrat manusia biasa. Tetapi Laksamana Sunan tetap sabar dan sentiasa percaya kepada Allah s.w.t

Diakhir cerita ni sedih sikit. Sedih dengan apa yang terjadi pada Laksamana Sunan. Kalau korang nak tau kenapa cari la buku ni di pasaran. Worth for all pennies spend for this novel.



StatCounter