Wednesday, July 29, 2015

Melaka ada padang pasir secantik Mesir ??!!

Hi peeps,

Korang ada teringin tak nak ke Mesir? naik unta, jalan-jalan di padang pasir dengan pakai sunglasses. How cool dapat amik gambar ditengah-tengah padang pasir. Lagi cool amik gambar ditengah-tengah padang pasir sambil duduk atas jeep dengan pakai spec Rayban. Hehehehe.. Dapat bayangkan tak. Time tu jangan fikir panas. Fikir nak nampak cool and amik gambar tahap epik.

Bagi yang ada bajet tu boleh la merasa naik kapal terbang terus pergi ke Mesir. Tapi bagi yang tiada bajet tu macam mana?????

Hahhhhh..................................
Jangan cepat kecewa, sebab tak payah pergi jauh-jauh kalau nak bergambar kat tengah-tengah padang pasir. Pakat mai datang Melaka. Apa orang kata, historical city of Malacca? Yezza!!! Melaka Bandaraya Bersejarah. Korang xpayah nak buat passport nak beli tiket kapal terbang. Dalam Malaysia pun dah ada padang pasir. Korang boleh google je kat google map lokasi padang pasir kat Melaka ni.

Google map ke Padang Pasir, Pantai Klebang
Memang feel macam berada di Mesir la. Lagi cun dekat dengan Pantai Klebang dan pantai Puteri. So lepas bergambar di padang pasir, boleh pula bergambar di pantai. Lepas tu boleh jugak berenang. Best kan? 

Siap bergambar dan mandi-mandi, isi perut pula di restoran yang memang terkenal. Kalau sampai Klebang, memang tak lengkap kalau tak singgah ke Coconut Shake Klebang. Memang terangkat sedut coconut shake Klebang. Actually, bukan ada coconut shake je, kopok lekor, kuih muih dan nasi lemak pun ada. semuanye memang sedap-sedap. Gerenti la!!!! Jangan dilupakan juga kuih keria Limbongan

Coconut Shake Klebang
Kuih Keria Limbongan
Me berkesempatan juga pergi kat padang pasir ni. Secara kebetulan je singgah ke situ. Tanpa bawa kamera. So kena la pakai kamera telefon pintar (telefon murah, so gambar xberapa cantik). Korang kalau nak datang, prepare la bawa kamera DSLR atau compact camera. Tapi jangan lupa cas.

Ok lah korang tengok gambar yang Me sempat ambil masa datang ke padang pasir Pantai Klebang.

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

#Padang pasir, Pantai Klebang

Monday, July 27, 2015

Angin Bayu Pantai Klebang

Be productive..Chaiyokk

Or not being productive..duh!

Dilemma...dilemma...

Haha...biasalah kalau dah tiba hujung minggu macam-macam yang berlegar kat kepala ni. Mula la fikir nak qada' tidur lah, keluar shopping, tengok wayang karaoke and paling best kalo dapat pergi mini travel ke tempat-tempat yang menarik and lagi awsome dapat pergi tempat yang 'rare'.

Tapi fikir memang la boleh fikir. Tang ongkos tu sapa nak jawab????? ...............................................silent..............................................

Untuk minggu ni, ME plan bawa parents dan anak buah pegi sarapan dan amik angin laut pagi. Memang best la kan. Tempat yang dipilih untuk sarapan pagi adalah area nak ke pekan Alor Gajah. Lagi tepat gerai sebelah masjid biru di Alor Gajah. Gerai ni kecik je. Tapi pengunjung memang ramai.

Menu pilihan adalah Nasi Lemak + telur goyang, roti canai, air sirap ais, teh panas. Memang dah kene la kan sarapan lazim rakyat Malaysia. Dalam syok makan, mata ni dok melilau tengok langit. Dalam hati dah berkata-kata "Langit dan gelap, jalan la hujan. Nak pergi mandi laut ni..=( " Tak best rasanya kalau keluar semata-mata nak pergi sarapan je. Jauh plak tu pergi sarapan. Dah alang-alang tu baik jejalan sekali. Cadang nak ke Tanjung Bidara. Tapi ayah Me cakap jauh nak ke sana. So Me decide pergi Pantai Klebang je. Cadangan awal nak ke Tanjung Bidara sebab Me dah selalu pergi ke Pantai Klebang dan juga Pantai Puteri. Jadi, niat tu nak amik angin tempat lain. Tapi xpela. My parents & anak buah xselalu pun ke sana. So we are heading to Pantai Klebang. 

Pantai Klebang here we come!!!

Dalam perjalanan hujan turun mencurah-curah. Lebat! Drive pun 40km/j je. Xnampak jalan uols. Tapi hati ni berkeras jugak nak bawa dorang pergi jejalan. Sampai simpang masuk ke Pantai Klebang, hujan masih turun tapi x selebat td. Dalam hati ni berkata-kata lagi "kalo sampai kt pantai dan hujan lagi, duduk dalam kereta je la dengar bunyi ombak". Alhamdulillah sampai jugak di Pantai Klebang. Hujan renyai-renyai. Me dengan rombongan Me turun dari kereta dan terus ke pantai. Tapi my parents xla. Dorang duduk di kawasan teduh sambil amik angin pantai je.

Hati ni meronta-ronta nak mandi, tapi segan plak sensorg. Anak buah Me memang terlebih excited nak main air. Xpela, tengok kan dorg main air je la. Karang dah leka berenang takot tak tertengok plak budak kecik dorg ni. Dalam 1 jam duk kt pantai tu, Me decide untuk balik. Ok la tu amik angin laut pepagi dari duk umah je kan. Tengok anak buah happy Me pun happy jugak. Sebab dapat bawa dorang datang ke laut and make them happy.  For my parents, happy juga bawa dorang jejlan walaupun xjauh. Dorang pun asyik duk rumah je. Sekali-sekala bawa la jejalan tengok permandangan lain. Mission accomplish.

Kat bawah ni gambar-gambar yang Me sempat snap:

Mandi di Pantai Klebang

Hujan renyai di Pantai Klebang

Selepas mandi di Pantai Klebang

Pasir putih Pantai Klebang












Ambil angin di Pantai Klebang : Parents Me



Ombak Pantai Klebang

Ombak Pantai Klebang

Ombak Pantai Klebang

Monday, July 20, 2015

Dapur Bujang: Lauk kampung

Kuini, mangga/pelam, kedondong dan belimbing buluh memang dicari la kalau nak buat sambal belacan. Me memamg minat makan sambal belacan. Tapi yang ditumbuk dalam lesung batu la. Kalau yang diblend ni rasa xsesedap ditumbuk. Me belanja sikit gambar sambal belacan yang buat Me terliur...

Sambal Belacan Pelam/Mangga
Amacam...terliur tak???

Kali ni Me bukan nak share resepi sambal belacan. Tapi ada lagi satu side dish yang Me suka. Meh tengok bahan-bahannya dulu....;-)


Ni je bahan yang diperlukan; 1) cili padi 2) buah kundang 3) garam & 4) tempoyak

Cara nak sediakan pun senang. Pergi cari lesung batu dan tumbuk cili padi letak sedikit garam. Bila dah lumat, gaulkan cilipadi tadi dengan tempoyak. Buah kundang tu potong kecil-kecil. Tapi jangan x dibuang pula biji yang color ungu tu. Lagi sedap kalau buah kundang tu dah dijerukkan kan. 

Hidangkan bersama nasik panas dan kuah asam pedas. Memang terangkat. Huwahhhhh dah sebaldi air luar ni keluar ni..

Cuba la, senang je.... Masak campak-campak with hati dan iman.

Dapur Bujang: Juadah hari-hari terakhir Ramadhan

Hi peeps!!!

This time Me nak share juadah yang Me buat. Juadah dihujung-hujung Ramadhan. Ni di request sendiri oleh ayah Me. Nak makan ketam masak lemak cili padi. 

Dia lagi sedap kalo dapat ketam yang size besar-besar. Ketam yang ada kt rumah size comel2. Beli kt penjual yang datang rumah ke rumah. ok, lets go to our business.....

Bahan-bahan untuk masa ketam masal lemak cili padi ni adalah seperti berikut:




Ketam masak lemak cili padi : Nenas


Ketam masak lemak cili padi : Ketam


Ketam masak lemak cili padi : Daun kunyit, kunyit hidup, serai, cili padi, bawang merah & putih & buah keras


1. Pertama sekali blend/ tumbuk kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, buah keras dan cili padi. (buah keras tu untuk tamahkan rasa lama kot).
2. Serai dititik.
3. Panaskan periuk dah letak sedikit minya ( mak Me yang request untuk tumis dulu bahan perencah). Kalo tak nak tumis boleh terus je masuk bahan-bahn kisar/tumbuk dalam periuk.
4. Kemudian tuang air ke dalam periuk. Me suka biarkan kuah mendidih sedikit baru la dimasukkan ketam yang siap disiang, serai yang dititik dan buah nenas tadi.

5. Bila kuah sudah mendidih semula, baru masukkan santan dan daun kunyit serta bahan perasa. Then biar mendidih lagi dan sedia untuk dihidang.

Ketam masak lemak cili padi

Ketam masak lemak cili padi

Selamat mencubat. Masak campak-campak with hati dan iman. =)










Dapur Bujang: Asam Pedas Ikan Merah

Ulau melingkau atas pagau.......

Sebut je Melaka mesti akan teringat Asam Pedas kan..kan..kan.. Tapi selain asam pedas, Melaka sinonim juga dengan sejarahnya, bangunan lama, baba & Nyonya dan sebagainya la. People said orang Melaka ni kahau. Me pun tak tahu apa maksud kahau tu sebenarnya. Tp bila sebut kahau, adalah definisinya dalam kepala ni. Tapi susah nak di terjemahkan. Me memang anak jati Melaka and I'm do not like the act of kahau. Yes, ada orang Melaka yang kahau. But ada jaga yang tak. Maybe di negeri lain pun ada cuma term of kahau tidak digunakan je. Ok enough of that, today post Me nak share resepi bujang. Coz Me pun memang orang bujang. 

Opss sebelum terlupa, Me nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN. Hari ini adlah hari raya yang ke-4. Kejap je dah 4 hari umat Islam beraya selepas sebulan berpuasa.

Okay berbalik kepada resepi bujang Me tadi. Almaklum la bulan lepas adalah bulan Ramadhan. Jadi macam-macam la yang tekak ni teragak nak makan. Tapi yang penting bende simple2 je bleh teragak. Juadah yang rumit2 ni bukan style Me la. Sebab xpandai masak dan xrajin. Hehehehe.......

So here is my resepi for Asam Pedas Ikan Merah.

BAHAN:


Asam pedas: Serai, Daun limau & Daun Kesum

Asam pedas:Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia (besar ibu jari je) & belacan

Asam pedas:Ikan merah

Asam pedas: Bendi & terung bulat
 
Untuk portion each bahan-bahan korang agak2 la ye. Nama pun dapur bujang, so main campak-campak dalam periuk je la. Janji ada rasa dan rupa. Hehehe....

1. Blend / tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup,halia dan belacan sehingga lumat.
2. Serai dititik.
3. Panaskan minyak dalm periuk. Apabila panas, tumis cili giling bersama bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan serai yang dah dititik tadi.Tumis sehingga pecah minyak (maksudnya dh nampak minyak timbul la kot).
Kemudian perah air asam jawa dan tambah air sehingga puas hati tahap kepekatan kuah tu nanti.
4. Kemudian masuk ikan merah. (jangan kerap kacau kuah tu, nanti hancur ikan). 
5. Masukkan juga daun limau, daun kesum, bendi dan terung bulat. Jangan lupa bahan perasa. Bila kuah dan mendidih dan ikan pun dah masak, kemudian sedia untuk dihidang.


Asam pedas ikan merah

Asam pedas ikan merah


Asam pedas ikan merah

Me suka makan sayur, so Me letak bendi banyak. sampai ikan merah dh terlindung sebalik bendi. hehehe... OK selamat mencuba ye.... masak campak-campak with hati and iman. =)

p/s: Kalo datang ke Melaka dan nak mencuba asam pedas melaka, pergi la senarai kedai kt bawah ni. Memang asam pedas power dan terangkat. 

https://www.google.com/search?q=asam+pedas+melaka&ie=utf-8&oe=utf-8#q=asam+pedas+melaka&rflfq=1&tbm=lcl

Asam Pedas Melaka


StatCounter