Friday, September 23, 2011

"10 AMALAN YANG TERBALIK"


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1.     Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati  selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan  seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana  Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga  simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2.     Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam  berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak  dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia  menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau  menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri  kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan  bukan untuk ia menambah pendapatan.


3.     Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan  segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian  lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.     Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan  nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,  sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.    Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat  malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah  seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6.   Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang  berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan  setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah  yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan  puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.   Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.  Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari  bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.  Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8.     Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.  Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau  anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun  menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.    Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.      Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,  bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat
Bukhari) 

Jika ada sebarang isu, sila utarakan. Mungkin ada yang terlepas pandang dek kerana kecetekkan ilmu saya..^ _ ^

Monday, September 19, 2011


30 Perkara Perempuan x Sempat Beritahu Lelaki.....

1.  Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.  Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.   Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4.   Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5.   Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.   Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.   Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8.  Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9.  Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, September 17, 2011

Kenapa ujian itu untuk ku....

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Please be aware this (Part 2)

Something i've came across & a very good lesson for me too, so let's pass
around untuk sama2 kita cari keredhaan dari Allah SWT.....

Monday Blues ke???? Selalu biasa bagi kita merasakan demikian, bayangkan
dah bertahun-tahun kita amalkan amalan tidak sihat  ini dan sebenarnya cukup  "mengaibkan" bagi kita kaum muslimin.

Sebenarnya antara banyak hari-hari yang Allah ciptakan, hari Isnin adalah hari yang penuh keberkahan kerana hari Isnin lah, junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw telah dilahirkan, pembawa rahmat seluruh alam. Hari Isnin juga adalah hari di mana Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan malaikat Jibril.

Sebab itu, sangat digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari Isnin dan kalau yang tidak mengamalkannya pun, perbanyakkanlah melakukan amal ibadah atau apa jua kebaikan yang dapat memuliakan dan mengagungkan kelahiran agung Nabi Muhammad saw.

Banyakkan bersenyum, bersedekah, bersyukur dgn memuji Allah, berselawat & berzikrullah......itulah hebatnya kita kaum muslimin jadi janganlah ada
lagi ungkapan "MONDAY BLUES!!!!" 

Please be aware about this (Part 1)

Let’s break the idiom into its main meaning components:
Monday + Blue:

Monday is the first day of the week for Christians;
Functionally, however, it has turned to be the first working day for many people of different religions if they are employees in non-Muslim coutries (unfortunately!)

Let us look at some connotations of Monday:


1. Monday morning feeling: the way people feel after the weekend (= Saturday and Sunday) when they do not want to go to work or school: I've got that Monday morning feeling.

2. Monday-morning quarterback: someone who says how an event or problem should have been dealt with by others after it has already been dealt with.

3. Don't you hate going back to school on Mondays?

4. The theopry was that by Monday their tempers would have cooled.

5. I mean, like when you were a kid, when you knew that Mondeay was coming, and the clock was ticking away!


6. ... on a mundane Monday, they are failing in their duty.



Blue was first use only as a color in English, and people started to associate it with many different emotions, meanings, memories, attitudes, etc.
If you study the English texts, however, you will find most of the cases to be negatively-oriented:

1. Her hands were blue with cold (= slightly blue because of the cold).


2. If you say or shout something until you are blue in the face, you are wasting your efforts because you will get no results: You can tell her to tidy her room until you are blue in the face, but she won't do it.

3. If something happens out of the blue, it is completely unexpected: One day, out of the blue, she announced that she was leaving.

4. very rarely:
My sister lives in Alaska, so I only see her once in a blue moon.

6. to show your annoyance about something, especially by shouting or complaining very loudly: He'll scream blue murder if he doesn't get his way.

7. feeling or showing sadness: He's been a bit blue since he failed his exams.

8. a type of slow, sad music, originally from the southern US, in which the singer typically sings about their difficult life or bad luck in love: Billie Holiday was famous for singing the blues.


10. have the blues: to feel sad

11. blue-collar: describes people who do physical or unskilled work in a factory rather than office work



→ So the meaning of MONDAY in English cuture is associated with such connotions as:

1. reluctancy
2. being late in guessing
3. the cooling of tempers
4. unwanted arrival
5. being mundane
6. failing

→ And the meaning of BLUE in English cuture is associated with such connotions as:

7. cold
8. wasting your efforts
9. being unexpected
10. being rare
11. annoyance
12. sadness
13. difficult life or bad luck in love
14. physical or unskilled work


To put all these together, we can define MONDAY BLUES as:
The low-spirited, cool, annoyed, sad, unlucky mood of those workers, students, or employees who feel that a mundane, difficult, unexpected Weekday is arriving to force them into going back to work, killing their joys and annoying them.

Friday, August 26, 2011


How to make a weekly planner, which you an give as a handmade stocking stuffer or keep for all that organizing you’ll be doing in the New Year


Materials Needed:
  • Exacto Knife
  • Bone Folding Tool
  • Ruler
  • Scissors
  • Paper
  • PDF template
Steps for Making the Planner:
  1. Print out your image or the template on an 8.5″ x 11″ sheet of paper.
  2. Cut out the template (around the border).
  3. Fold the paper:
    1. Fold in half length-wise.
    2. Fold in half width-wise (the other way).
    3. Fold in half the same way a second time.
  4. Make a horizontal cut along the center two pages of the book.
  5. Fold and crease the book.

StatCounter