Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia dalam hati ialah :
1. Pemarah
Paling  mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.  Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.  (siapa nak dekat kalau asyik nak marah saja..bawak2lah senyum..tentu  orang tak takut nak dekati kita..
2. Pendendam tersembunyi
Ibarat  mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari  peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun  seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu  orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat).
3. Hasad dengki.
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki.)
4. Bakhil.
Sentiasa  merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari  dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki  yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..derma) Allah lebih sayang  orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi  bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada  orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. Tamak.
Orang  yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang  banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak  yg diminum tetap tak habis juga...lagipun org tamak selalu rugi.. **  Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau  digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh  dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah  rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya  perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang  lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi  dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau kerja  bertimbun atas meja.
7. Ego
Ibu  segala sifat mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak  tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir  mahupun batin. .pasal semua orang ada egonya sendiri..cuma tinggi dan  rendah tahap keegoan tersebut.
8. Riak
Terseksa  sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa  berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya  tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita  riak..takabbur dengan apa yg kita ada...
9. Cinta dunia
Tidak  dapat,... menderita, dapat pun,.... menderita kerana bila sudah dapat  susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati  jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa  anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana  dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi  letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu  senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Yang  meragut kebahagiaan, sebenarnya, bukanlah secara TOTALnya disebabkan  kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah sifat MAZMUMMAH.  Makin tinggi sifat mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.
Samada  bermujahadah atau biarkan saja sifat mazmummah itu, kedua-duanya tetap  menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan  bahagia jua akhirnya. sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara  satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya.

No comments:
Post a Comment