Monday, January 23, 2012

Di dalam kesibukan.............


CURRENT TRENDS IN LIBRARIES = TREND SEMASA DI PERPUSTAKAAN



Beberapa minggu lepas ME dapat jemputan untuk sertai sesi penerangan dan perbincangan mengenai tajuk kat atas nun. Dalam kesibukan semasa, datang pulak jemputan ni. Tapi pergi je la kan boleh tambah ilmu dan tambah jam bagi aktiviti luar tugasan hakiki. Memang pada tarikh program ni berlangsung, ME sangat sibuk. Sibuk dengan persiapan untuk audit luar dan pada hari yang sama ada pulak pendaftaran pelajar baru. Xsempat nk tarik nafas panjang..... Tapi ME seronok dapat join program ni sebab;

1.       Dapat dengar pengalaman panel program ni.
2.       Dapat jumpa Munirah dan kawan baru (yang kebetulan berjumpa lg masa interview di minggu berikutnya (^_^)).
3.       Dapat jumpa pustakawan UteM (dapat la tanya2 mana yg kompius lg bab pengurusan perpustakaan).

Program ni kejap je dalam 2 jam shj. ME gerak dri ofis jam 9.45 dan sampai jam 10.05 (bawa kete Myvi oren staff a.k.a member ME). Kete Exora company unable to use sebab nak bawa student pergi mana ntah. Untung betul student kt kolej ME kerja ni. Semuanya diSUAP..Makin mua la student-student ni sume. Makin xtau berdikari la generasi sekarang kalo situasi ni sama di mana-mana institusi pengajian lain.Haish.....  Ok, cukup la pasal tu. ME nak cerita pula pasal program ni.

Panel program ni namanya Ms. Myra Michele Brown berasal dari Washington. Kelulusan tertinggi beliau ialah menamatkan Master level dalam Sains Perpustakaan di Uni. Of Texas. Dari cite dia ni, sebelum tamat Master lg dia dh dapat offer bekerja sebagai Pustakawan. Sekarang dia bekerja sebagai Pegawai Sumber Maklumat kat kedutaan US. Dia ni dh penah keje kt Kedutaan US dekat Ghana, Itali dan sekarang di Jakarta. Gagah x gagah mak cik ni..

Dalam sesi terakhir iaitu sesi Q & A, ME gagahkan semangat untuk tanya pendapat Ms. Brown ni tentang “suara-suara” mengenai perpustakaan xdiperlukan lagi kerana semua maklumat dh ada secara digital. Hurm..nak tau jawapannya????????????? U need to request first in comment box below.. =P


Dari kiri: Kak Zana (kawan baru yang ME cerita td), ME, Ms. Myra Michele Brown, dan Munirah.

2 comments:

  1. dalam kesibukan dtg plk peluang ni..tu sebb org ada ckp peluang dtg hayna sekali.cuma berani or x je kita nk grab peluang tu...Pedoman untun diri sendri..hehehe

    ReplyDelete

StatCounter