Friday, October 11, 2013

IQRA'.Maka bacalah...

Selamat pagi....

Alhamdulillah diberi lagi kesempatan untuk ME bernafas di bumi ini. Di pagi - pagi jumaat ni ME berseorangan di pejabat. Suppose hari ini seluruh rakyat Melaka cuti bersempena ulangtahun kelahiran TYT Melaka. Tapi ME dan beberapa rakan yang lain di tuntut untuk datang pejabat kerana mengendalikan peperiksaan hari terakhir untuk pelajar UiTM. Dalam duk menjaga bilik gerakan peperiksaan sensorang ME pun tergerak nak update blog ni yang dh lama x dijenguk. So, entry hari ni mengenai buku...........

Kawan ME bagi pinjam novel CINTA SANG PUTERI yang dihasilkan oleh Ramlee Awang Murshid. ME teragak - agak sebenarnya nak baca buku ni. Sebab dah lama tinggal kan hobi membaca novel ni. Novel - novel yang ME bli di ekspo buku BIG BAD WOLF pun baru 1 buah je yang dah habis baca. ME pun xtau kenapa kawan ME ni beria sangat minta ME baca buku ni. Mungkin nak share minat rasanya. ME pun xkesah la..balik dari keje, siap mandi, solat, makan trus baring atas katil dan baca novel ni. Pada awalnya xberapa menarik, tapi lama kelamaan olahan cerita tu menjadi menarik seperti ianya benar - benar terjadi.

Penulis menceritakan tentang kejadian selepas tsunami. Di mana orang ramai terpaksa tidur di khemah - khemah sementara dan terdapat seorang rakyat Malaysia yang terkandas dan mengalami trauma akibat tsunami di Acheh. Terdapat juga dua beranak yang bukan berasal dari Acheh namun berhijrah ke situ untuk lari dari amalan karut penduduk kampung yang boleh berubah menjadi manusia serigala di kala bulan mengambang. 

Part yang sangat menarik adalah penceritaan mengenai Laksamana Sunan. Yang mana di dalam novel tu mengisahkan Laksamana Sunan yang berasal dari Melaka. ME sangat terpikat dengan budi pekertinya....sangat..sangat..sangat..OK! Dengan budi pekertinya la membuatkan Sang Ratu yang telah dia jampi serapah agar menjadi Ratu yang sangat kejam telah pun menjadi lembut. Sang Ratu tertarik dengan budi pekerti Laksamana Sunan sehingga mereka dinikahkan. Namun malangnya bonda Sang Ratu murka dan mencari jalan untuk memisahkan mereka. Pelbagai halangan yang datang yang rasanya xtertampung oleh kudrat manusia biasa. Tetapi Laksamana Sunan tetap sabar dan sentiasa percaya kepada Allah s.w.t

Diakhir cerita ni sedih sikit. Sedih dengan apa yang terjadi pada Laksamana Sunan. Kalau korang nak tau kenapa cari la buku ni di pasaran. Worth for all pennies spend for this novel.



Sunday, March 24, 2013

Hiking??? never thought in my mind part 2

What??? biar betul hiking lagi kitewwww...... mampu lagi x ni??? mu pikir la sendiri lagi..hahaha

Gunung Ledang sudah xperawan lagi...M and the team dh teroka gunung ni...wahhh.....Terbaik...
Kenangan + ikatan + perkenalan + dugaan + pasukan + sepakat + kerjasama + pengalamann berharga...hah cukup dengan perkataan-perkataan ni je dh boleh rangkumkan kisah pendakian Me dan kawan-kawan di Gunung Ledang....Selebihnya tgk je la foto - foto kt bwh ni..


















Hiking??? never thought of it..

wahhh... hiking ko!!!!!! larat ke tak???? mu pikir la sendiri...

Me tak pernah pun terfikir nak g hiking bagai ni...tp minat untuk join oudoor activity ni memang ada sejak azali la....Sudah suratan takdir yang menentukan....utnuk tahun 2013 ni je Me dah daki 2 gunung kt Malaysia ni.. Hujung bulan 2 Me dan kawan-kawan sekerja pergi daki gunung datuk,rembau..Kitorang plan saje-saje nk daki..tak serius pun sebenarnya..saja nak hangout sesama, melupakan sekejap kusut masai hal dekat ofis. 

Memandangkan semua tak ada pengalaman lagi daki gunung..maka kitorang bercadang naik sampai takat yang mamapu je. api segalanya dipermudahkan oleh Nya. Sampai juga kitaorang ke puncak gunung. Rasa gayat tu toksah cakap la...nak naik tangga daki batu besar pun dak kecut perut ni..Angin kat atas puncak pula kencang...terketat kepala lutut ni nak naik. Hah, naik tu satu hal..nak turunpun satu hal...kahakahakahakah..gelak + sengih sensorang je la bila teringat balik adegan-adegan yang mencuit ati...ada yang sengaja direka..dan ada pula yang terjadi tanpa sedar. Masing-masing bawak bekal. Ada yang bawa bihun, nugget, roti, air 100 plus, sandwich dan nasi goreng. Ahaiiiiii..............dh macam nak g berkelah pun ada...

Ekspedisi bermula awal pagi..Awal pun x awal sangat la..Pukul 10 baru gerak naik. Kitaorang gerak slow and easy je...Tak macam orang lain..berlari-lari naik atas..Kejap je dah lesap..Sampai je atas duk rehat dulu...Sebab dekat atas puncak ramai sangat orang..Segan pula kitaorang yg xde pengalaman ni naik memanjat...agak-agak dh surut orang kat atas tu Me and 3 orang kwan yang lain pun mula la naik ke puncak..kawan2 yg lain x ikut sama. Gerun agaknya...Me kuatkan je semangat..Sebab dh penat-penat daki kalo x naik sampai ke puncak memenag la merugikan..Eheh...Percubaan pertama naik tangga ke puncak gagal...Rasa gerun dan gayat serta kecut oerut ni..bila tgk 2 orang member Me dh lepas, Me kuatkan jugak semangat ni..Panjat la juga tangga tu tanpa pandang bawah mahupun atas...Nasib ada sorang jejaka ni berhati mulia tolong pegang tangga n tunggu kat atas puncak tu..chewaahhhh......dh sampai atas...ada lagi tangga ke batu yg lebih tinggi..Yang tu mmg me n kawan2 gayat nk naik..cukup la dh samapi puncak...Terngiang-ngiang ayat sorang pendaki (jejaka) yang dh sampai puncak "ko bagi aku duit sejuta pun ak xmau naik"...X sanggup nk panjat tangga lagi satu tu..dengan angin yang kencang..Perghhhh...Me x lama duduk kt atas tu..Sebab cuaca hampir mendung..Takut pula hujan...xpasal-pasal turun gunung dalam hujan...


Turun je dari punajk..Kitaorang x terus mula turun. Sebab ada kawan yang nak solat...Sejuk hati memandang.Dalam keadaan dan suasana macam u pun masih tidal lupa tuntutan agama. Alhamdulillah. Syukur dapa kawan yang boleh mengingatkan kita dengan soal agama ni. Masa nk mula turun Me terasa nak buang air plak..huhuhuhhu...tahan je la sampai ke bawah...tahan punya tahan sampai la dh xtertahan... terpaksa Me tinggalkan kawan-kawan..Me gerak laju sikit supaya sampai cepat ke toilet..Kaki sakit mmg dh xdihiraukan la...terasa nak terkucil sangat...Jalan punya jalan samapi satu tempat xde sapa dh sekeliling Me..Berdebar jugak hati ni..takot tersalah jalan..Tersesat ke...Hp pula xde bateri...Hadoiii.....Dupdap..dupdap...pantas je kaki ni berjalan lagi...sampai la kedengaran air terjun..fuhhh...sampai juga ke bawah...TOILET...here i come...dl 30 minit kemudian sorang kawan Me pun sampai...selang 30 minit lagi nampak la ke semua kawan-kawan Me...Muka diorang memamg penat tu xterkata la. Mana taknya..turun je terus pergi kek kedai air..Sorang order 2 gelas..Pun xcukup jugak...Nak tergelak pun ada bila tengok dorang...Yang sorang ni satu badan naik ruam..gatal-gatal..alahai kesiannya...

Esok pagi bangun kaki sakit yang amat.....Jalan pun terkengkang-kengkang...seminggu lebih baru elok..Mana x nye..x terpikir pun nk sapu ubat sakit kaki...lalalalalala...dalam sakit-sakit pun kene g kursus kt UiTM Puncak Perdana,..Yeay!!!Kursus pengurusan rekod..2 hari..Dapat jumpa kawan-kawan yang tengah buat master dan lecturer..(mana yang sempat jumpa la..)... <3 p="">







Thursday, January 3, 2013

PeNaT taPi MenYeRoNokkAN



Disember tahun lalau, 2012 iaitu last week..Wow..dh new year..HAPPY NEW YEAR EVERYBODY (2013)!!!
Ok sambung semula cerita td..Disember 2012 ME diberi kesempatan untuk cari side income...Alhamdulillah diberi rezeki di penhujung tahun. ME dpt join pengawas peperiksaan di salah University kat Melaka. Bayarannya memuaskan. Jadi xkisahlah Sabtu & Ahad pun kne keje. Penat tu mmg xpyh nk cakap la... Dalam 1 hari ada 3 slot (pagi, tghari, petang). Kalo kene jaga 3 slot 1 hari mmg nk tanggal rasanya kaki ni.dewan exam luas dan panjang. 

Hah apalagi Sabtu & Ahad pun kne bgun mcm nk g kerja. Tp perjalanan agak jauh sikit dari biasa. Blik pun mcm orang abis keje office. Between ketiga3 slot tu adalah rehat dalam 45 minit. Tp pengawa exam kene dtg awal seblm exam start..so agak rushing la nk g makan n solat dlm tempoh tu... 1 dewan boleh muat dalam 183 pelajar. First day keje, agak kekok sebab xtau nk kumpul attendace slip guna kaedah mcm mn. Dan paling kabut bila pelajar tanya no. meja...tu belum lagi yang xbawa slip exam...haru la nk settlekan problem diorang for the first timer mcm ME ni..Tp ME bernasib baik..ada 2 orang ofismate ME yg ada jd pengawas dekat situ..So, dapat la tanya mana yang blur tu..

3 minggu jaga exam, mcm2 orang yang jumpa:-

  • Student tak berenti menulis walaupun ketua pengawas dh bgtau tamat waktu peperiksaan. Dah la ME yg kene kutip kertas jawapan dia. Dia dok elok buat xtau..trus je menulis idea yg bru trun dri langit agaknya..tiba pengawas yg senior dtg straight kne jerit..HAHAHA..ME pun terkejut sama.Tp xde la jerit mcm org meroyan tu.Just suh student stop menulis dengan nada yg kuat je. Coz ada beberapa student lg yg xberenti menulis. 
  •  
  •  Jumpa kawan masa sekolah menengah dulu. nama dia Annbukarase..eh, btol xek eja nama dia ni..HAHAHA. Dh jadi jururawat n sambung belajar lagi..Welldone!
  •  
  • ME dapat jumpa kwan masa Lower 6. Kawan yg xberapa rapat tp ok la..boleh bawa berborak..Dh jadi polis n sambng belajar lagi.Kitaorg panggil dia Hafiz Sikat.Coz masa kt sekolah dia simpan sikat kt kocek belakang seluar dia n jap2 sikat rambut dia yang bertepek-tepek tu....Penat la ME dok translatekan setiap ayat soalan tu kat dia..Soalan dlm bahasa English. Xtau la dia dapat jawab or x...tgk kepala tergeleng-geleng je..Harap-harap dapat la jawab.
  •  
  • ME jumpa kawan sekelas masa sekolah menengah dulu (Izyan Hanis). Dia mother of 2 sons. Sambung belajar dlm jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak.
  •  
  • Jumpa mama kepada ofismate ME. Ofismate ME tu  Dekan shcool of management. ME kenal dia pun sebab ofismat ME ni bawa jumpa n g brunch sesama masa kitaorg lari dari attend seminar. 
  •  
  • Jumpa juga Farhana Adila Sahak.ME xpeanh bercakap or bertegur sapa dgn dia masa sekolah menengah dulu.coz xpenah sekelas.
  •  
  • Dapat jgk jumpa kawan masa diploma dulu..tp xrapat dengan dia sgt pun..dia pun ada masa sem 1 je...nama dia Lina..xtau nama penuh dia apa..hehehe..
  •  
  • xsangka dapat jumpa En Salleh..Dulu dia sifu ME masa ME praktikal dekat Utem. 
  •  
  • Yang paling best, ME dapat jumpa Ustaz Rosdi. Ustaz yang mengajar Agama Islam masa ME sekolah rendah..hehehe
Semua yang me jumpa dapat la bertegur sapa walaupun sekejap..Dalam dewan tu kan nak berborak pulak kan..Apa yang penting dalam tempoh 2jam 30 minit jaga exam tu, perlu lah ada daya penarik dalam dewan tu.At least sorang..baru x bosan dan ngantok jaga exam..HAHAHAHA.

In short, ME boleh katakan, ni pengalaman yang berbaloi dan sepadn dengan bayaran yang dapat. Owh, b4 tu, ME dapat la kawan2 baru..kawan2 pengawas exam.Dorang ada yang masih lagi student, ada yang bekerja n ada pensyarah kolej jgk yg wat part time jd pengawas exam.. So, kat sini ME nak conclude yang keje ni mmg penat tetapi menyeronokkan!!! (^_^)

p/s : Jangan pakai kasut yg akan merbahayakan kaki anda.



Saturday, August 11, 2012

Librarian as interior design...nice!


Sekitar bulan Mei 2012, Me diberi tangungjawab untuk set warna n design new MiCoST library di Kampus Rumah Media, MiTC Melaka. Fuhhhh.......Me dh mula pening kepala. Mana satu keje yang nak buat dulu. Tak menang tangan di buatnya. Mana tak nya library dh ada plural, kakitangan yang incharge singular lagi. Camno tu? Sapo nk jawab?????
Me sebenarnya teruja juga dengan tugasan yang terbaru ni. Me memang minat design2 ni. Oleh itu, dengan berbekalkan pengalaman buat assignmnt masa Diploma dulu dalam subject Support Service & Maintenance 1 (IMD 203) yang bertajuk COMPUTER LAB DEVELOPMENT PROJECT, Me pun dengan yakin design lah layout library guna game software The Sims 3. Nampak xprofessional kan… Tapi apakan daya, setakat tu je yang Me mampu buat di dalam kekangan masa dan tenaga ni. Ok la kan..layout tu nk beri gambaran jelas kedudukan furnish library baru tu pada H.O.D Me. Better than using Microsoft Office yang boleh nmpk secara 2D je.
Terasa bangga sebab dapat aplikasikan apa yang Me belajar sebelum ni. Teringat balik masa nk buat asgmnt group ni. Present lepas waktu maghrib dh la hujan..Kne pakai baju kurung memalam. Tapi puas hati sebab lecturer, Encik Yamin Kamis berpuas hati dengan group project Me & members. En. Yamin said “Good!” to our group & only group in that class. Mungkin sebab penangan presenting our lab layout guna The Sims. Hahahahaha..dasat bangga time tu. Lepas je abes present trus senyum lebar..Hilang sebeban beban kt bahu ni.
Apa yang Me nak sampaikan kt cni ialah, Me rasa puas hati sebab dapat apply apa yang Me dh belajar dulu. Betapa besar jasa cikgu2 & pensyarah2 pada Me. (>.<)


 
Ni layout computer lab yang Me & kawan2 design masa belajar dulu
 



Ni pula layout yang Me buat untuk Perpustakaan Rumah Media





Ni pula lecturer yg Me mentioned kt atas tadi, En Yamin bin Kamis

Tuesday, July 24, 2012

Hutang oh piutang!


Keengganan seseorang untuk membayar hutang walaupun mampu, akan menghalangi mereka daripada masuk syurga apabila mati kelak. Roh orang seperti ini akan tergantung antara bumi dang langit (Tan Sri Abdul Kadir Talib, bekas Mufti Wilayah Persekutuan). Allah menjanjikan balasan syurga kepada hambanya yang bertaqwa dengan ikhlas serta membayar hutang piutangnya.

Di dalam Al-Quran, Alla memperingati supaya menjauhkan diri dari berhutang kerana jiwanya akan terganggu apabila tidak mampu membayarnya serta menjadi mata petaka di akhirat. Elakkan daripada berhutang sekiranya mahu mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hutang tidak kira daripada siapa sama ada keluarga, bank, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya kerana jika tidak dijelaskan hukumnya berdosa.

Jika seseorang itu mempunyai hutang keliling pinggang, hidupnya tidak akan tenang serta hilang tumpuan untuk ibadat kepada Allah. Tidak dinafikan kehidupan hari ini terutama untuk membeli rumah dan kereta perlu membuat pinjaman, memandangkan ianya merupakan keperluan asas. Sebaik-baiknya setiap pinjaman perlu dijelaskan segera kerana dikhuatiri apabila seorang peminjam meninggal dunia, akan menimbulkan masalah pada pewaris untuk melangsaikan hutang tersebut.

Pengetua DarulQuran ‘Ittifaqiyah, Ustaz Mohd Zahid Mahmood berkata orang yang berhutang perlu mengamalkan doa supaya dapat membayar hutangnya. Doa perlu diamalkan setiap kali selepas solat. Maksud doa tersebut : “Ya Allah, ak berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan, kedukaan dan kelemahan, kemalasan, kedekut, perasaan takut dan desakan hutang dan paksaan orang. Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.”

Soal hutang jangan dipandang ringan kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang tidak melunaskan hutang seperti sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).

Thursday, May 3, 2012

Women : Dating younger man! Pro? Cons?

U are 32 years old  and u dating a man 10 years junior than u.. Or u are 45 years old and u dating a man 20 years junior than u....WHAT ARE THE OUTCOME OF THAT SITUATION??short term and long term.... 

v
v
v
v
v
v

Banyak dh yang ME tengok wanita dating or married younger man. Itu jodoh dan ketentuan untuk dia. Siapa kita  untuk menidakkannya. Tapi sedarkah, dating or kahwin dengan lelaki lebih muda ni ada baik buruknya. Kalau setakat muda 2 atau 3 tahun insyALLAH tidaklah complicated hubungan tersebut. Ini kes yang pasangan muda 10, 15, 20, 25 tahun lebih muda dari wanita tersebut. ME ada terbaca dari 1 sumber ini. If sumber ini tidak benar dan hanya pembohongan semata-mata, maka bohong jugak la ME pada pembaca sekalian.

Yang BAIKnya :

1. Jane Ganahl, former singles columnist untuk San Francisco Chronicle ada buat kajian wanita yang dating younger man akan buat dia jadi muda juga. Menurut Ganahl lg; “The younger person tends to be in awe of you because you have more life experience and a lot of the things that maturity brings, like power and money,”  “And it’s fun to share those things, to not only be a lover but a mentor."

2. Roberta, an over-50 marketing director dari Long Island ada cerita pengalaman dia dating dengan lelaki umur 27 tahun. Masa tu dia berumur 44 tahun. Menurut kakak Roberta ni, dating dengan lelaki muda ni bukan sahaja seronok dari segi berkongsi kasih sayang tapi juga boleh share pengalaman. She also found herself falling into a mentor role.

Yang BURUKnya :

Jelas lagi ketaranya, orang muda KEBANYAKANnya lack of life experience. Of course, mcm org dulu-dulu cakap "Aku lebih dulu makan garam dari kau."......

1. Sharmen, a 37-year-old motivational speaker and author from Irvine, CA, ended her relationship with a 24-year-old guy a few months ago because of his immaturity issues. “He once called me at 3:30 in the morning wanting me to get out of bed, go to his place, and bring him a pizza,” she says. “The things young guys try to get away with are insane.” I would do the same thing if i'm in Sharmen's shoes!!

2. Roberta, too, says she finally ended things with “Frank” after growing tired of constantly being the wise grown-up. “As time went on, I felt like I was his teacher, then his aunt, and finally, his mother, which was creepy,” she says. “The passion faded.”This is ver scare me!!

3. And then there’s that whole cougar thing. Julie, a 52-year-old income tax professional from Overland Park, KS, who’s been dating a 32-year-old guy for the past two years, says she’d never even heard the term before people started using it to refer to her. “I find it offensive because a cougar is a predator in the animal world, and I am not now nor have I ever been a predator of younger men,” she says. “I prefer men my own age, but for some reason, it was love at first sight for both of us.” People call u cougar!!OWH!!

4.  And let’s not forget nature’s cruelty. “At the end of the day, the 30-year-old I was dating really wanted to get married and have kids, and I wasn’t interested in that,” says Ganahl, “I already had a daughter in college. So that’s another downside. You can’t really ‘work on’ the fact that you’re older.”Ahah, nice one!


SIMPULANnya
 
Dating someone older has its challenges, too. Men raised in a more traditional era can be controlling and/or unwilling to accept independent behavior. And society makes certain assumptions about the older man/younger woman match, too. “I was treated as if I was a young, gold-digging trophy wife and he was the successful, rich older man, but I was the breadwinner,” says Sharmen, who was married for three years to a man 28 years her senior. “Plus, his mother was very chilly and called me the wrong name for the majority of our marriage. Every significant age gap has its issues.”

But despite the issues, there are couples that make it, says Sarah, a 36-year-old reporter from Seattle who’s been married to a man 10 years her junior for the last four years. “When we got together, friends told me that it was very unlikely it was going to work out,” she says. “They said younger men don’t want to commit and that we’re at different places in our lives. But he’s committed to me and I’m committed to him and I think we’re absolutely a good match. We’re not divorced yet!”  

StatCounter