Tuesday, December 13, 2011

Saya pesan kamu, kamu pesan saya....

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : "Ada 4 di pandang sebagai ibu", yaitu :

1. Ibu dari segala OBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

 2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

 3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

 4. Ibu dari segala CITA2 adalah SABAR

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.  Beberapa kata renungan dari Qur'an bahwa  Orang yang tidak melakukan sholat pada :

* Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

 * Dzuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

 * Ashar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan

 * Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

 * Isya : Dijauhkan dari kedamaian dalam tidurnya


Friday, December 9, 2011

NO MOOD, DON'T TALK TO ME!!!!

Bila masa pulak la me tergigit bibir ni...tahu2 je dh rasa sakit dan mula la timbul ulser. Ni dh membesar..Adoiii, nak cakap xde mood, nak makan sakit, nak kumur amik air sembahyang pun sakit... dh lama xkene,sekarang plak kene..kenapa boleh kene ulser ye???hurm??? me google2 dan jumpa maklumat yang berkaitan. jadi kat sini me nak share info tentang ulser mulut...



Ulser?
Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut. Ulser ini Nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali, ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya dibahagian lidah dan gusi.

Simptom?
Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 – 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda rasa malas untuk bertutur.

Mengapa?
  • ·         Jangkitan bacteria,virus dan fungus
  • ·         Disebabkan kecederaan fizikal seperti tergigit bibir/lidah
  • ·         Pengambilan zat besi, asid folik & vitamin B 12 yg tidak mencukupi
  • ·         Sistem imuniti badan yang lemah
  • ·         Alahan
  • ·         Radioterapi
  • ·         Kimioterapi


Rawatan?
  • ·         Pemeriksaan gigi berkala
  • ·         Gigi yang bersih
  • ·         Amalkan makan secara sihat
  • ·         Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas


Petua?
  • ·         Gunakan pencuci antiseptic mulut
  • ·         Sapu ubat ulser mulut
  • ·         Makan makanan lembut
  • ·         Elakkan makan makanan pedas dan panas
  • ·         Banyakkan minum air



Bagai pungguk rindukan bulan.......

Entry lepas, me ada cerita tentang gerhana bulan penuh yang akan terjadi pada 10/12/2011. Bercerita tentang gerhana ni membuatkan me teringat kisah zaman sekolah rendah dulu. hehehehehe...ni gara-gara dek kerana lena tidur sampai xsedar nak kene bgun awl pada pagi sabtu tu. 


Me tak ingat tahun bila.boleh jadi masa darjah 6 rasanya. Me ada daftar untuk ikut program melihat gerhana bulan di Auyin Hill, Durian Tunggal. Pada hari yang sepatutnya, me tertinggal bas. Walaupun sedar yang me dh bangun lewat, tapi me tetap mandi dan bersiap pergi ke sekolah. Dengan harapan rombongan sekolah masih menunggu me. Harapan tinggal harapan je la. Sampai sekolah semuanya clear. Xde sorang pun yang ada dekat situ. Me pun balik la rumah..Perasaan sedih tu pendam je la. Xkan nak menangis sepanjang2 jalan balik rumah, benda pun dah jadi..


Sekarang me pun dah menetap di Durian Tunggal. InsyaALLAH jika ada rezeki me pergi tengok gerhana bulan dekat tempat yang me sepatutnya pergi 12 tahun lepas. Firts kene google dulu dekat mana Auyin Hill tu. Nama je duduk durian tunggal tapi xpenah tahu pun dekat mana letaknya Auyin Hill tu...

Pengajaran : Jangan la tidur seperti hari esok dh xboleh tidur lagi..(^_^)

Tips tambahan untuk tingkatkan akaun 'kanan'


10 Disember 2011 - Bersiap sedialah seluruh umat manusia untuk melihat kekuasaan Tuhan yang mencipta seluruh alam ini. Dalam lingkungan 7.34 malam (10/12/11) akan terjadinya gerhana bulan penuh yang jarang berlaku. Bulan akan kelihatan merah tembaga yang amat cantik. Sambil menikmati kekuasaan Allah swt marilah kita dekatkan diri kita kepada-Nya dengan menunaikan solat sunat gerhana bulan. Mari kita tambah akaun bahu kanan dan sama-samalah kita menambah bekalan akhirat. Sesungguhnya bumi ini semakin tua dan pelbagai 'tanda' telah kelihatan. Nauzubillah, moga-moga kita masi mempunyai waktu untuk mencari bekalan yang cukup. InsyaALLAh, pintu taubat akan sentiasa terbuka untuk mereka yang ingin bertaubat.
Wallahualam bissawab..

Dibawah adalah panduan untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan.
Lafaz niat untuk gerhana bulan adalah seperti di bawah :

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara-cara solat sunat gerhana:
Rakaat pertama
  1.  Niat solat Gerhana, Takbir
  2.  Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8.  Sujud
  9. Tahiyyat Akhir

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik pautan ini PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA

Wednesday, October 19, 2011

CT yang d'bommm....




1) Siti Khadijah


- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah


- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah


- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar


- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam


- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah


- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah


- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah


- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah


- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.

Monday, September 26, 2011

Hati & Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma
mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi
anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.

Friday, September 23, 2011

"10 AMALAN YANG TERBALIK"


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1.     Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati  selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan  seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana  Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga  simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2.     Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam  berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak  dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia  menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau  menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri  kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan  bukan untuk ia menambah pendapatan.


3.     Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan  segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian  lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.     Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan  nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,  sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.    Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat  malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah  seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6.   Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang  berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan  setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah  yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan  puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.   Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.  Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari  bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.  Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8.     Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.  Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau  anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun  menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.    Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.      Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,  bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat
Bukhari) 

Jika ada sebarang isu, sila utarakan. Mungkin ada yang terlepas pandang dek kerana kecetekkan ilmu saya..^ _ ^

StatCounter